Aku memang sangat suka makan ulam-ulaman. Ramai orang tak suka makan ulam kerana rasanya.Pahit,kelat, payau,manis2 payau, manis2 kelat,ada rasa lemak dan macam2 rasa yang kurang menyenangkan bagi sesetengah orang yang tak gemar dengannya.Oleh kerana suka makan ulam , eloklah kita tanam ulam kat laman kita ye. Buat satu sudut taman herba. Terasa nak makan ulam petik saja . Dapat makan ulaman yang fresh.Ulam yang dah layu kurang enak,lagipun khasiat yang terkandung dalamnya akan hilang sebahagiannya.
Biasanya aku.......kalau makan pagi ada nasi goreng atau mee goreng pasti petik ulam yang ada kat laman. Begitu juga dengan makan tengahari. Pendek kata ,tak sempat pucuk nak jadi daun tua. Best gitu.... Kalau tak berulam rasa tak puas makan. Haaaa....kalau pokok ulam tu dah tak berpucuk lagi......senang saja , ambil bawang putih 3/4 ulas jadikan ulam.Sedap tau....Sememangnya aku seorang pengamal bawang putih sejak aku masih budak2 lagi.Bawang putih dbakar kemudian makan begitusaja. Mula berminat dengan bawang putih , apabila satu hari aku lihat ibu saudara sepupu aku membakar(Letakkan sekejap diatas bara api) bawang untuk dimakan . Aku tanya 'sedap ke' dia jawab 'cubalah' Memang sedap.
Sejak itu aku suka MAKAN BAWANG PUTIH. Bukan sahaja di bakar . Kadang, aku ketukkan bawang satu atau dua dan seduhkan dengan air panas kemudian minum.Dijadikan ulam mentah2 itu sudah bisalah.Bawang putih dimakan mentah rasanya pedar pedas.Bawang merah juga dibuat ulam.Tapi aku kurang gemar.
Satu sahaja keburukkannya. Badan akan berbau lah sedikit. Tapi tak jadi masalah bagi aku. Sekarang ada macam cara untuk meng hilangkan bau badan.Guna cara tradisinal pun boleh . Ambil limau purut ....tenyeh2lah kat seluruh tubuh. OK LAH TU.
No comments:
Post a Comment