Tuesday, 1 March 2011

Tudung.

Hoby aku selaian dari 'gardening' ialah shopping. Ini satu hoby yang kurang baik untuk ku. Aku kalau shopping memang 'gila' Apa yang nampak dan berkenan aku akan beli tanpa budget.Semalam ke KL memang hajat untuk beli tudung . Tudung yang aku pakai semua nya aku beli dari Ariani. Dulu sewaktu belum pencen aku suka pakai selendang panjang . Sekarang tidak lagi. Aku dah tak pandai nak melilit selendang. Tak kuasa buang masa untuk melilitnya. Lambat akau rasa. Pakai tudung Ariani aku tak perlu buang masa. Sarungkan saja. Semalam ke Ariani di cawangan Bangi sahaja. Lebih kurang sejam aku dan baby memilih tudung . Semuanya cantik . MENGGILA AKU DAN BABY MEMILIH .Pilih punya pilih akhirnya dapat lima helai tudung. Baby dapat 3 selendang dan 1 tudung. 3 helai daripadanya ada batu swaroski . Nasiblah aku ada gold card.Jimatlah sikit.Melayanglah duit aku hari tu. Tapi tak mengapa, asal pakai nampak cantik dan anakku bertutup litup.

1 comment:

  1. ho ho... mama shopping rupanya. bila nak upgrade gold o platinum pulak?

    ReplyDelete