Tuesday 28 May 2013

Cita-cita

Assalamualaikum
Alhamdulillah...........mama syukur pada ALLAH  masih mampu lagi untuk bercita-cita. Ada orang kata kalau dah tua macam mama......cita-cita tu sudah jadi angan-angan Mat Jenin. Akan jatuh berdentum bunyinya. Masyaallah. ....takut juga. Tapi jangan fikir sangatlah.
 Cita -cita perlu bersama dengan usaha ....insyaallah akan berjaya. Cita-cita sewaktu zaman kanak-kanak tak sama dengan cita-cita bagi seorang dewasa atau yang sudah sangat matang usianya.
Cita-cita zaman kanak.....hendak jadi seperti apa yang dia nampak..contoh nak jadi jadi cikgu...ustazah....Guru Besar.....kemudian berubah lagi dan lagi...
Bercita-cita  di usia begini....... mama rasa amat baik. Pertamanya dapat membantu mencerdaskan otak. Otak sentiasa berfikir / bekerja untuk mencetus idea, kratif dan berinovatif.  Jadi ,otak kita akan kurang merayau kepada memikirkan perkara yang buruk.   Badan mungkin bertambah sihat.Kita perlu jadi muda kembali bersama anak-anak yang mungkin masih mempunyai cita yang belum tercapai.......bangun bersama anak-anak .
 Allah Maha Besar. Bertaqwalah ..... berusahalah......Allah akan mempermudahkan segalanya. Tanpa usaha citacita akan jadi angan-angan.
Wassalam.....


Thursday 16 May 2013

Hari Guru

Assalamualaikum
Alhamulillah ...sibuk seharian di Butik . ,,,,,melayan pelamggan.
Semalam petang ramai jugalah guru...rakan-rakan guru...anak murid yang sudah menjawat jawatan guru menjenguk ke Butik mama. Hairan pula ramai yang memanjat naik untuk mendapatkan pakaian dan tudung. Rupa nya Hari ini meraka menyambut Hari Guru. MamA HAMPIR LUPA. Kak Yan  dah lupa ke ? esok kan Hari Guru. Kami nak pakai baju dari Butik kak yan.....tau. Menitis air mata mama. Masih sayang mereka pada mama seorang pesara guru yang sudak bertukar profesyen. Punya sebuah Butik Muslimah .....Tabik Kak Yan. Kak Yan nampak ceria. Itulah pujian untuk mama.

Apa mama nak jawab pada pujian ini.? Allah saja yang tahu. Sebenarnya mama sebagai pesara guru ,  sedang memberi pendidikan secara tidak langsung pada masyarakat di sekeliling mama.. Cita-cita tidak pernah pudar walaupun usia lewat ke senja. Cita-cita mama masih ada bukan tenggelam bersama  usia tua. Bangunlah bangsa. Jamgan duduk saja berpeluk tubuh.Sebenarnya mama malu bila melihat bangsa lain yang begitu gigih bekerja walaupun sudah lanjut usia. Mama belajar dari mereka. Taukeh Lim kan kaya raya sekarang.....mengapa? Lim tidak menunggu buah masak jatuh kedalam raga......tapi dia jolok buah nya.

Hari ini mama menerima ucapan sms dari rakan. Terimakasih, Mama dengar lagu Guru Malaysia dari corong radio. Sedih .....teringat kenangan sewaktu bertugas . Kerenah anak didik masih terbayang. Harapan semoga rakan guru yang masih bertugas tidak jemu mencurah ilmu.
Wassalam.    

Saturday 11 May 2013

PRU.....

Assalamualaikum.....
Alhamulillah syukur pada Allah , dalam sibuk ni dapat juga mengetuk blog ni.......PRU 13 sudah berlalu....... Harapan pada yang menang buatlah yang terbaik terutama pada YB yang menang  tipis. Kajiselidik apa yang silap . Berikan keutamaan pada pembangunan yang diperlukan pengundi tempat anda. Jangan tertumpu pada keperluan individu sahaja. Pengundi naik muak dengan paparan. sebegini. ...Hari ini YB kerumah sipolan dan sipolan kerana ziarah rumahnya roboh....kerana sakit dan sebagainya. Itu tak perlu dihebahkan.  Pergilah secara sukarela . Orang ramai faham. Itulah salah satu tanggungjawab beliau ,jangan lupa ye pembungunan yang boleh dinikmati bersama oleh semua peringkat masyarakat. Yang berada dan miskin perlu diberi perhatian. Yang berada bukan bermaksud jutawan.Ibu tunggal tidak semestinya miskin ,orang kampung punya ladang sawit , kakitangan kerajaan tidak semuanya berada.
Bagi YB yang kalah dlam PRU......tolonglah jangan lah dok naikkan semangat perkauman. Risau saya . Semua rakyat Malaysia yang tidak berdosa ini nak hidup dalam aman damai . Kalau dah ada berlaku Tsunami perkauman. ......teruklah kita . Nak keluar rumah pun takut....nak tinggalkan rumah pun sangsi....anak-anak jauh diperantauan tidak dapat diziarahi lagi..Tolonglah.....jangan diletak daun kering pada  bara. .....bila menyala , susah dibuatnya. Terimalah hakikat kalah dan menang.Itu semua datang dari Allah. Kita ada Allah , Yang perlu kita buat ialah amanah dan keikhlasan  , jalankan  tanggungungjawab dengan tidak menyebelah pada mana-mana pihak dan fahaman politik.
Mohonlah sama-sama berdoa pada Allah moga dijauhkan bala ini.......Sayang Bumi Malaysia ...
wASSALAM.