,
Bunga ditaman disunting orang.
Kumbang datang menyeri bunga.
Ramai sungguh tetamu datang
Semuga pengantin kekal bahagia
Ramai sungguh tetamu datang ,
Semuga pengantin kekal bahagia.
Memadu kasih nan sayang
Kekal abadi aman sentosa
Kad jemputan untuk majlis perkahwinan menimbun penuh dalam kotak . Kebanyakkannya serentak . Hari Sabtu dan Ahad. Dalam satu hari paling kurang tiga kenduri .Hari Sabtu ini ada lapan panggilan kenduri. Tiap minggu ada kenduri .
Kad jemputan kahwin sekarang ini ada berbagai bentuk dan corak. Paling simple pun ada ...dibuat dan print sendiri. Jimat belanja........ Zaman aku budak-budak , tak pernah pulak aku nampak kad jemputan dirumah orang tua aku....Seingat aku ...... orang kampung ....cuma pergi memadah(pergi dari satu rumah kesatu rumah untuk menjemput) atau pun guna wakil memadah. Berjalanlah dari satu kesatu rumah , dari satu kampung kesatu kampung......dari pagi sehingga petang berjalan kaki atau mengayuh basikal. Penat ......ye! Kalau nasib baik, tuan rumah hidangkan segelas air . Hilang penat ..... Itulah cara oang dulu.Sekarang senang dan mudah SMS , warwarkan dalm internet, semua kawan boleh jemput atau letak kad dalam peti surat .
Orang dulu , majlis akad nikah dan kenduri kawin biasanya dibuat dirumah .....kecuali kalau kena tangkap basah .Pasangan akan dinikahkan dirumah Tok Kadhi.Orang sekarang rata-rata diakadkan dimasjid .Anak dara pun turut serta kemasjid. Tok guru pesan kalau kemasjid tu...pakailah pakaian pengantin yang bertutup aurat. Ada juga yang pakai agak seksi, Kain jarang dan berbelah dipaha belakang. Sebenarnya kalau tak pergi pun tak mengapa..... Selepas selesai nikah....bawalah rombongan pengatin lelaki kerumah untuk acara membatalkan air sembahyang.Bawalah masuk kebelik nak cium dahi ke......terasa lah sopan sikit.
Persiapan bilik pengantin sudah tentu hebat. Waktu kakak kawin semuanya disediakan oleh mak. Setahun sebelum majlis ,mak dah mula menekad( Sulaman benang emas yang menggunakan alat khas untuk menekad) , menyediakan bunga telur ,bantal dan tilam,tikar sila untuk pengantin,saprah dan sebagai. Aku kagum dengan sikap orang dulu yang sanggup mnyediakan semua ini dengan kudrat sendiri dan amat kreatif sekali. Orang sekarang pun hebat juga. Semuanya ditempah khas atau lagi hebat dengan hanya menyewa sahaja set bilik dan pelamin pengantin. Bayarannya sudah tentu hebat juga. ...mencecah ribuan Rm......Ibubapa dan juga pengantin pun terasa kehebatannya..Lepas kenduri pening kepala nak bayar hutang. Lainlah kalau kita orang yang SANGAT -SANGAT BERKEMAMPUAN.
Seingat aku...... dikampung , sebulan sebelum majlis perkahwinan , jiran -jiran sudah mula datang untuk bertanya khabar , membantu membelah kayu api atau membawa kayu api untuk tuan kenduri. Seminggu sebelumnya , diadakan gotong royong menebang buluh untuk dijadikan bangsal/khemah tetamu lelaki dan wanita serta bangsal memasak. Atap khemah dianyam dari daun rumbia dan khemah berlantaikan buluh atau papan sahaja, Duduk lah para tetamu bersila menikmati hidangan yang disediakan. Tetamu datang berduyun-duyun membawa sia (mangkuk tingkat/sejenis bekas bertangkai diperbuat dari alluminium)yang berisi berbagai jenis kuih muih atau diisi dengan gula atau beras. Tuan rumah akan menyediakan sejenis menu, khas untuk diisi semula kedalam sia ini untuk dipulangkan semula kepada tetamu jemputannya. Tuan rumah juga ada melantik AJK kenduri. , contoh ketua balai. ketua tukang masak, ketua mangkuk sia, dan sebagainya.
Tuan kenduri menumbangkan lembu atau kerbau dan kambing peliharaannya untuk dijadikan lauk . Rebung masak lemak dan umbut bayas sudah pasti ada. ......emmmmm sedap. Ditambah lagi dengan sambal petai dan berbagai jenis ulaman. Amat berbeza dengan suasana kenduri sekarang. Lebih ekonomi. Semuanya dibuat secara bergotong royong.
Majlis bersanding dan berinai juga ada. Pelamin dibuat sendiri . Pnggil tukang pelamin tolong tunjuk ajar. Upahnya cuma bagi dia makan atau hadiahkan rokok padanya. Malamnya diadakan upacara berinai kecil dan besar. Berinai kecil hanya untuk pengantin perempuan sahaja. Berinai besar anak teruna turut serta kerana mereka telah dinikahkan lebih awal sebelum hari kenduri. ......Nikah gantung. Pada siangnya iaitu pada hari kenduri ada majlis bersanding. Ada penjak silat. Malam nya, bagi yang berkemampuan ada wayang kulit atau menjemput kumpulan kugiran dan lagi sekali majlis bersanding cara barat diadakan. Hebat sekali ,sidara pakai gaun putih dan siteruna pakai kot hitam /putih.
Seterusnya majlis dipihak lelaki yang di panggil kenduri menyambut menantu. Ada dua jenis menyambut iaitu sambut mentah dan sambut masak. Sambut mentah dibuat jika pihak lelaki mengadakan kenduri pada keesokannya. Sambut masak pihak lelaki akan mengadakan kenduri menyambut lewat tiga hari kemudiannya.
Apa yang dapat aku dapat simpulkan disini, perbelanjaan untuk majlis kenduri sekarang sangatlah tinggi jika hendak dibandingkan dengan dahulu. Orang sekarang masing-masing ingin tunjuk kehebatan.
No comments:
Post a Comment