Tuesday 2 April 2013

Qasra Nur Butik

Assalamualaikum
Alhamdulillah.....Akhirnya cita-cita mama untuk berniaga sendiri akhirnya menjadi kenyataan....
Berniaga memang sudah lama menjadi impian. Bercerita perihal niaga ini....sebenarnya arwah mak mama dulu pun rajin buat kuih jual . Tiap - tiap malam arwah mak bersengkang mata buat kuih seperti kuih bengkang, apam , kuih badak ,kuih lapis dan sebagainya untuk diletakkan di gerai mamak. Seronok  bila kuih mak habis dijual,Mak memang pandai buat kuih. Sedap....memang mendapat pujian dikalangan pendududk disitu.


Kini telah tercapai cita-cita mama setelah bersara .Memenuhi masa yang mama rasa sayang untuk buang begitu sahaja. Oleh itu, mama perlu set masa mama dengan baik. Masa untuk ke butik, masa untuk keluarga , memnuhi masa untuk NGO mama , masa untuk dunia akhirat dan juga hobi mama 'GARDENING'
Mujurlah dengan kehendak Allah dapat seorang pembantu yang mama idamkan,,,,seorang anak yatim . Dapatlah mama buat sedikit kebajikan. Memang itulah hasrat mama. Berniaga dan membuat kebajikan kepada masyarakat sambil menunaikan 'Fardhu Kifayah'. Menitis air mama menerima anak yatim ini.Harapan mama agar dia dapat bekerja dengan baik dan amanah.

Butik yang berkonsepkan Islam . Berbagai jenis tudung , Pakaian Muslim ,kelengkapan Haji / umrah dan sebagainya, Butik masih dalam promosi....nanti Ahad ini nak buat bacaan yassin dan doa selamat. Semuga mendapat sambutan dikalangan masyarakat dari dalam dan luar daerah.

Semoga berjaya dan mohon doa kepada Allah agar memberkati perniagaan ini. Wassalam.