Hari ini seperti biasa , pagi sehingga tengahari panas.....petangnya hujan. Ini bererti bunga-bunga ditaman keliling tak perlu disiram .Jimat sikit bil air......itulah rahmat dari Nya. Selalunya selepas subuh baca Quran ...ataupun tengahmalam sebelum tidur......tenang rasa hati ini. Pagi tadi baca yassin sempena Maulidur Rasul. Ke jemputan majlis yassin dirumah kekawan. Ada yang nak pergi umrah....doa selamat untuk keluarga ,doa kesyukuran dan sebagaiya. Teringin juga aku nak buat majlis begini kat rumah. ....tapi suami kata buat jelah kat masjid.Tapi suatu hari nanti aku nak buat juga....tunggu anak-anak cuti dan berkumpul. Pesan suami kalau buat kat rumah suruh lah keterer sediakan ....nanti penat .Rupanya ...sisuami ni sayang kat isteri....huk...huk.
Selalu-selalulah baca quran dan yassin....berkat. Rumahtagga aman...tak mudah rasa boring dan yang penting kita rasa tenang walaupun ada masalah .
Sejak bersara sudah hampir 10 bulan aku tak rasa jemu dirumah . Aku buat kerja apa yang aku suka . Tak peduli apa yang nak orang kata.....aku buat aje. Tanam dan jaga bunga tiap-tiap hari. Ada juga jiran kata ,.....lebih baik tanam sayur dari bunga....Tak apalah ....minat seseorang tak sama. Ada juga aku tanam cilli padi. . Lebat buahnya , 10 pokok semua. Pokok pegaga .janggus dan ulam cabang tiga pun ada.
Mendengar radio tiap-tiap hari . Nyanyi -nyanyi....... Pelan -pelan .......malu jiran dengar.Bila jiran keluar kita kuat sikit suara tu. Suara ni masih hebat lagi. Kali terakhir menyanyi di pentas sewaktu majlis makan malam persaraan. Malu betul.....staf yang paksa......deme kate suare mike sedap he...he......
Sessekali keluar untuk berjumpa kawan dirumah persatuan . Sekarang aku sudah dilantik sebagai Setiausaha Kehormat PERKIM Cawangan. Seronok juga....sedia minit mesyuarat dan menjadi pengerusi sementara untuk mesyuarat.
Esok akan ke Majlis Daerah untuk sessi temuduga sebagai Ahli MajlisMesyuarat Sivil. Harap -harap berjayalah . Doakan mama ye anak-anak ku. Semuanya itu dari Allah.Kalu dapat syukur dan sebaliknya ....syukur juga ye!
Tadi layari fb Koncept Garden sekejap. It's so nice and sleek. Kalau dapat camtu ........tapi syukur dengan apa yang ada....alhamdulillah...
And lastly , to full fill the time main juga game ....cam bebudak .....hehe....Astaghfirullahhal'zim
No comments:
Post a Comment