Sudah seminggu aku tak buat apa-apa kerja rumah. Cuma sibuk siapkan kerja sebagai setiausaha. Persatuan akan menganjurkan pertandingan nasyid , sepanduk dan juga ceramah agama. Pengerusi dan aku yang paling sibuk, yang lainnya sibuk juga. .......sibuk berlatih nasyid. Suara orang-orang tua best betullah......... Suara orang dah separuh abad semua. Nampak semput. Aku tak joinlah nasyid ni ....bagi peluang kepada ahli-ahli yang lain.Seronok betul tengok deme(Mereka) bernasyid. Picing tak sampai. Ustaz sudah 3 kali datang bagi semangat dan bernasyid sama-sama supaya rentak dan lagunya betul. Tapi......bila ustaz tak ada lagu dah jadi lain .Masing -masing punya irama sendiri. Aku rasa nak pecah perut bila tengok deme tu bernasyid. Tunggu sajalah ...tengok lah hari bertanding nanti. Harap-harap mereka semua tu dapat buat yang terbaik.
Untuk menganjurkan sesuatu program bukanlah mudah. Berat betul bahu ni nak pikul. Dosa dan pahala belum tentu lagi.Tawakkal saja. Tiap-tiap hari dan kekadang malam pengerusi dok call ....tanya kerja ni dah siap ka...belum...ka...kita ubah masa lah ....tempat lah....promosi lah....nak cari sponsorlah .....duit tak berapa cukup lah.....dan seribu macam lagi. Risau dan berdebar ,takut tak dapat sambutan. Nak kena lantik AJK kecil yang lain. Buat perjumpaan dengan AJK berkali-kali supaya program dapat berjalan dengan lancar. Pulak tu bila buat meeting ada saja Ajk yang tak hadir. Ada masalah lain. Jadi tak dapatlah feedback yang memuaskan. Teruskan juga.
Bila tiba harinya, pagi2 lagi dah bangun . Awal pagi lagi sudah sampai ditempat program diadakan . Jauh masuk ke ulu kampung .Kampung Sg siputih ,itulah tempat pilihan program tersebut. Pengerusi belum sampai lagi., tapi dia ada telefon mengatakan tolong sedia surat pelepasan pembaca doa.Alaaaahai,,,,, sudah nak terberak baru nak gali lubang. Hendak tak hendak tebalkan muka minta belas dari Internet Desa untuk gunakan kemudahan yang ada. Draftkan surat ,print out dan minta tandatangan pengerusi yang baru saja tiba.. Hebat betul kemajuan dan kemudahan masa kini dan ditambah dengan sedikit pengetahuan komputer yang aku ada.
Ramai juga penduduk kampung yang datang. Kebanyakkannya wanita. Orang lelaki keluar bekerja. Itulah yang aku mahu, untuk kaum wanita ye! Bila pembaca doa datang aku hulurkan surat pelepasan untuk bosnya. Surat yang masih panas lagi. Acara bermula dengan perarakan sepanduk Maulidur Rasul sambil berselawat. Aku tenguk dari jauh.dan uruskan kerja yang lain. Hebat juga. Jarak perarakan tidak jauh ,cuma lebih kurang 200 meter sahaja.Terdapat lebih kurang 10 sepanduk yang menggunakan tulisan jawi. Itulah objektifnya.,untuk memertabatkan tulisan jawi.Kemudian pertandingan nasyid. Hebat betul kumpulan2 yang mengambil bahagian. Suara mereka begitu merdu sekali. Alangkah baiknya kalau lagu2 nasyid ini dialunkan sewaktu mendodoi anak. Ibu2 perlu sentiasa berselawat memuji Nabi sewaku menidurkan anak -anak mereka. Kumpulan nasyid dari persatuan aku tidak menonjol . Tapi aku puji kerana masih ada semangat walau pun umur mereka rata-rata menceecah 60th.dan ada yang sudah berumur 78th. Syabas....walaupun tidak menang. Kumpulan NGO yang lain kebanyakkan masih muda lagi,,awal 40an. Tahniah kepada yang menang.Majlis diramikan oleh ADUN.
Malamnya nya diadakan cerama agama dari penceramah jemputan yang terkenal. Walau pun hujan ..tapi mendapat sambutan.Program tamat tepat pukul 11 malam. Penat tapi puas.
No comments:
Post a Comment