Friday, 25 February 2011

Yassin.

Pukul 3 petang tadi kerumah jiran untuk majlis bacaan Yassin . Kesyukuran kerana anaknya telah berjaya mendapat kerja "makan gaji." Majlis ini hanya dibuat untuk kaum wanita sahaja.Orang lelaki tidak turut serta,jadi tuan rumah lelaki  terpaksa keluar  berehat ketempat lain.Kesian ye !.... Ramai juga tertamu wanita yang datang.
Bacaan yassin dikepalai oleh seorang Khalifah wanita. Ada tiga atau empat Klalifah disini. Terpulang kepada tuan rumah nak pilih siapa yang dia rasa yakin pada bacaannya. Hendak jadi khalifah bukannya mudah, mesti kemas bacannya. Ikut tajwid yang betul ,jelas sebutannya supaya dapat didengari oleh pengikutnya. Mesti Pandai baca doa.  Suara mesti sedap. Kalau sebutan dan tajwid tak cukup ,tak usahlah jadi  khalifah.
  Yassin ini elok dibaca selalau mohon restu dari Allah supaya hidup kita aman damai , berjaya, bahagia ,urusan kerja berjalan dengan baik dan dsbnya. Ibu-ibu perlu ingat ye.........bersyukur,bukan kerana dapat kerja makan gaji sahaja, untuk anak-anak yang buat kerjaya sendiri pun perlu kita adakan bacaan yassin .  Mereka pun bekerja.... tapi bukan dengan gomen....., Usaha titik peluh sendiri. Bila anak tak kerja dengan gomen  depa kata anak tak kerja lagi . Salah tu.Aku dan SUAMI pun  selalu juga adakan majlis ini....tapi di  masjid.
 Lepas bacaan yassin ada selawat kepada Nabi, marhaban dan nasyid juga . Memuji Allah dan Nabi beramai-ramai. Suara ustazah yang jadi khalifah  hari ini tadi memang sedap jika nak dibandingkan dengann yang lain. Jelas dan senang nak ikut, Inilah yang kita nak cari.  Habis marhaban  ada hidangan. Ini part yang aku suka. Macam2 makanan terhidang dekat meja. Selalunya bila ada majlis yassin aku jarang makan tengahari. Biar perut kosong , senang nak baca dan boleh makan lebih. Berselera sungguh makan beramai ni. Sambil menjamu selera bersembang  itu dan ini. Tahu2 saja lah bila orang perempuan berkumpul ,bisingnya mengalahkan pasar ikan. Macam-macam topik yang nak dibicarakan. Betullah kata suami tadi, majlis mula pukul tiga ,selesainya pukul enam petang. Memmmmmang betul!!!!!!!.

No comments:

Post a Comment