Friday, 4 March 2011

Benak

Tidak ada masa yang betul2 terluang untuk membuat coretan di disini.Everything nak buat.Sekarang barulah ada masa sedikit selepas melihat dan membaja pokok dilaman.Kalau dapat masukkan gambar2 flower yang sedang bloom tu kat sini kan bagus......
Ke ibu negara pada Ahad yang lepas. Hari tu... awal pagi lagi bangun untuk mneyediakan sedikit sandwish for breakfast.Kebetulan anak yang keempat tu pun akan ketempat kerja . Itulah aku terpaksa bangun awal pagi .Seawal 6.30 pagi anakku Acik Ani mula bertugas .Gitulah rutin aku kalau dia balik untuk berehat dirumah.Pukul 5.30 pagi,selalunya bapa dia hantar ketempat kerja yang mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai.Untuk biarkan dia drive sendiri aku dan suami risau sebab jalan tu sunyi sedikit dan kekadang ada babi hutan cross jalan. Acik ani pula baru lulus lesen P. Babi2 ni tak pandai nak tengok kiri dan kanan......main rodong aje. Dulu jalan ni lagilah sunyi, sekarang dah ok sikit.....Orang kata kat jalan ini selalu ada jumpa sesuatu ....hantulah tu!Betul ke?Sekarang jalan yang bengkang bengkok tu sudah diluruskan , Kawasan Hutan Simpan telah diguna oleh kerajaan Negeri untuk projek ternakan kambing boer. Kawasan ladang ternakan luas .So now tak rasa takut lagi kalau menggunakan jalan ini lewat malam.Kalau dapat paparkan gambar hutan simpan tu kan bagus.....tapi apakan daya.
Acik ani pun dah dapat kereta. Honda City baru ,dapat petang Sabtu ari tu....jadi bapa dialah rasmi dulu. Ke KL hari tu guna kereta barulah......aku pun tumpang drive jugaklah.Acik Ani tak ikut. Drop saja dia kat hospital....Kerja doktor .... masa agak terhad.....meloponglah Si ani tengok bapa dia guna kereta...bye..Dapat tunjuk gambar Honda City kat blok nni kan bagus......
Rasa dah boring tulis tanpa diselitkan gambar2. Rupanya aku ketinggalan .......Aku perlu tambah satu lagi ilmu untuk dimuatkan image dalam blog ni....manariklah sikit. Nampaknya lambatlah lagi ....terpaksa tunggu Si pinch me bercuti .......hai2....boring2......dulu baby dah tunjuk cara nak muatkan gambar keblog....tapi benak lah....

No comments:

Post a Comment