Thursday, 10 March 2011

Kerusi batu dan Ikan Mudik

Tadi pagi ke Kulim untuk dapatkan kerusi batu. Belik-belik dan pilih punya pilih berkenan pulak pada bench dari marble .....cantik gak lah... untuk diletakkan ditepi pagar dibawah pokok nangka kawin disisi dapur. Boleh rehat sambil membaca dan juga sebagai penambah aksoseri taman.Tempah satu untuk diletakkan disisi laman depan rumah. Minggu depan siaplah beritahu taukehnya.Tentu nampak berseri lagilah laman ku!
On the way balik, dekat sungai disempadan Perak Kedah , nampak dari jauh ramai orang sepanjang sungai dan juga atas jambatan.Hairan juga ...kut2 ada accident ke!Oh...rupa ada ikan mudik. Fenomena ikan mudik dah lama aku lupa dan tak pernah ku alami lagi , kut mungkin rumah ku sekarang jauh dari sungai . Ikan mudik ialah apabila ikan dari hilir atau dari kuala sungai naik kehulu sungai.Tak lah tahu sebab apa berlaku begini.Ini nak kena tanya ahli sains kut....Nampak tadi air sungai tu sedang naik...KUT2 ITULAH SEBABNYA. Bila melihat peristiwa ini tadi ,teringat pula sewaktu zaman kanak-kanak dahulu..Tebayang2 pulak lah....dikotak fikiran dan diruang mataku ini...... seronoknya....tak dapat nak dikatakan.Kalau ikan mudik heboh sekampung. Ikan mudik!.....ikan mudik!....laung orang kampung. Begitulah ye.....riuhnya ,yang sedang menanak nasi, yang sedang berehat dijemoran...sedang leka bermain dan yang sedang menanam padi dibendang semuanya berlari menuju ke sungai.Seperti satu pesta.Ramai orang kampung terjun ke sungai...ha..ha... Sememangnya aku rasa itulah pesta kurnian Allh untuk umatnya...dapat rezeki lebih pada hari itu.Pak capai bubu dan dan pukat untuk menahan ikan. Kami budak2 sauk ikan dengan kain batik yang kami pakai..SYOKNYAaaa....tonggek2, tunduk2 ... dapat ikan dan masukkan dalam baldi, dapat anak seluang dan ikan pucuk pisang. Ramai orang kampung berlumba-lumba tangkap ikan ,mereka guna bubu,pukat dan juga buluh runcing. .Orang dewasa dapat ikan yang besar2.Air sungai jernih, nampak ikan berduyun-duyun mudik kehulu.Cantik sungguh. Ada ikan yang terlompat2 ketepi sungai. Ikan mudik biasanya tidak lama . Mungkin dalam satu dua jam sahaja. Begitu cepat ikan2 menghala menuju ke ulu sungai. ......itulah kisah ikan mudik. Anak2 ikan yang diperolehi mak buat pais atau sayur ikan . Sedap dan manis. Sekarang peristiwa seperti ini ....sudah puluhan tahun aku tidak alami lagi mentalah anak-anak ku. HUK..HUK...MASYAALLAH

1 comment:

  1. seronok sungguh..... sayang dekna tak adapat pengalaman tu..

    ReplyDelete