Aku memang sangat suka makan ulam-ulaman. Ramai orang tak suka makan ulam kerana rasanya.Pahit,kelat, payau,manis2 payau, manis2 kelat,ada rasa lemak dan macam2 rasa yang kurang menyenangkan bagi sesetengah orang yang tak gemar dengannya.Oleh kerana suka makan ulam , eloklah kita tanam ulam kat laman kita ye. Buat satu sudut taman herba. Terasa nak makan ulam petik saja . Dapat makan ulaman yang fresh.Ulam yang dah layu kurang enak,lagipun khasiat yang terkandung dalamnya akan hilang sebahagiannya.
Biasanya aku.......kalau makan pagi ada nasi goreng atau mee goreng pasti petik ulam yang ada kat laman. Begitu juga dengan makan tengahari. Pendek kata ,tak sempat pucuk nak jadi daun tua. Best gitu.... Kalau tak berulam rasa tak puas makan. Haaaa....kalau pokok ulam tu dah tak berpucuk lagi......senang saja , ambil bawang putih 3/4 ulas jadikan ulam.Sedap tau....Sememangnya aku seorang pengamal bawang putih sejak aku masih budak2 lagi.Bawang putih dbakar kemudian makan begitusaja. Mula berminat dengan bawang putih , apabila satu hari aku lihat ibu saudara sepupu aku membakar(Letakkan sekejap diatas bara api) bawang untuk dimakan . Aku tanya 'sedap ke' dia jawab 'cubalah' Memang sedap.
Sejak itu aku suka MAKAN BAWANG PUTIH. Bukan sahaja di bakar . Kadang, aku ketukkan bawang satu atau dua dan seduhkan dengan air panas kemudian minum.Dijadikan ulam mentah2 itu sudah bisalah.Bawang putih dimakan mentah rasanya pedar pedas.Bawang merah juga dibuat ulam.Tapi aku kurang gemar.
Satu sahaja keburukkannya. Badan akan berbau lah sedikit. Tapi tak jadi masalah bagi aku. Sekarang ada macam cara untuk meng hilangkan bau badan.Guna cara tradisinal pun boleh . Ambil limau purut ....tenyeh2lah kat seluruh tubuh. OK LAH TU.
Saturday, 26 February 2011
Friday, 25 February 2011
Yassin.
Pukul 3 petang tadi kerumah jiran untuk majlis bacaan Yassin . Kesyukuran kerana anaknya telah berjaya mendapat kerja "makan gaji." Majlis ini hanya dibuat untuk kaum wanita sahaja.Orang lelaki tidak turut serta,jadi tuan rumah lelaki terpaksa keluar berehat ketempat lain.Kesian ye !.... Ramai juga tertamu wanita yang datang.
Bacaan yassin dikepalai oleh seorang Khalifah wanita. Ada tiga atau empat Klalifah disini. Terpulang kepada tuan rumah nak pilih siapa yang dia rasa yakin pada bacaannya. Hendak jadi khalifah bukannya mudah, mesti kemas bacannya. Ikut tajwid yang betul ,jelas sebutannya supaya dapat didengari oleh pengikutnya. Mesti Pandai baca doa. Suara mesti sedap. Kalau sebutan dan tajwid tak cukup ,tak usahlah jadi khalifah.
Yassin ini elok dibaca selalau mohon restu dari Allah supaya hidup kita aman damai , berjaya, bahagia ,urusan kerja berjalan dengan baik dan dsbnya. Ibu-ibu perlu ingat ye.........bersyukur,bukan kerana dapat kerja makan gaji sahaja, untuk anak-anak yang buat kerjaya sendiri pun perlu kita adakan bacaan yassin . Mereka pun bekerja.... tapi bukan dengan gomen....., Usaha titik peluh sendiri. Bila anak tak kerja dengan gomen depa kata anak tak kerja lagi . Salah tu.Aku dan SUAMI pun selalu juga adakan majlis ini....tapi di masjid.
Lepas bacaan yassin ada selawat kepada Nabi, marhaban dan nasyid juga . Memuji Allah dan Nabi beramai-ramai. Suara ustazah yang jadi khalifah hari ini tadi memang sedap jika nak dibandingkan dengann yang lain. Jelas dan senang nak ikut, Inilah yang kita nak cari. Habis marhaban ada hidangan. Ini part yang aku suka. Macam2 makanan terhidang dekat meja. Selalunya bila ada majlis yassin aku jarang makan tengahari. Biar perut kosong , senang nak baca dan boleh makan lebih. Berselera sungguh makan beramai ni. Sambil menjamu selera bersembang itu dan ini. Tahu2 saja lah bila orang perempuan berkumpul ,bisingnya mengalahkan pasar ikan. Macam-macam topik yang nak dibicarakan. Betullah kata suami tadi, majlis mula pukul tiga ,selesainya pukul enam petang. Memmmmmang betul!!!!!!!.

Thursday, 24 February 2011
Penat tapi puas.
Sudah seminggu aku tak buat apa-apa kerja rumah. Cuma sibuk siapkan kerja sebagai setiausaha. Persatuan akan menganjurkan pertandingan nasyid , sepanduk dan juga ceramah agama. Pengerusi dan aku yang paling sibuk, yang lainnya sibuk juga. .......sibuk berlatih nasyid. Suara orang-orang tua best betullah......... Suara orang dah separuh abad semua. Nampak semput. Aku tak joinlah nasyid ni ....bagi peluang kepada ahli-ahli yang lain.Seronok betul tengok deme(Mereka) bernasyid. Picing tak sampai. Ustaz sudah 3 kali datang bagi semangat dan bernasyid sama-sama supaya rentak dan lagunya betul. Tapi......bila ustaz tak ada lagu dah jadi lain .Masing -masing punya irama sendiri. Aku rasa nak pecah perut bila tengok deme tu bernasyid. Tunggu sajalah ...tengok lah hari bertanding nanti. Harap-harap mereka semua tu dapat buat yang terbaik.
Untuk menganjurkan sesuatu program bukanlah mudah. Berat betul bahu ni nak pikul. Dosa dan pahala belum tentu lagi.Tawakkal saja. Tiap-tiap hari dan kekadang malam pengerusi dok call ....tanya kerja ni dah siap ka...belum...ka...kita ubah masa lah ....tempat lah....promosi lah....nak cari sponsorlah .....duit tak berapa cukup lah.....dan seribu macam lagi. Risau dan berdebar ,takut tak dapat sambutan. Nak kena lantik AJK kecil yang lain. Buat perjumpaan dengan AJK berkali-kali supaya program dapat berjalan dengan lancar. Pulak tu bila buat meeting ada saja Ajk yang tak hadir. Ada masalah lain. Jadi tak dapatlah feedback yang memuaskan. Teruskan juga.
Bila tiba harinya, pagi2 lagi dah bangun . Awal pagi lagi sudah sampai ditempat program diadakan . Jauh masuk ke ulu kampung .Kampung Sg siputih ,itulah tempat pilihan program tersebut. Pengerusi belum sampai lagi., tapi dia ada telefon mengatakan tolong sedia surat pelepasan pembaca doa.Alaaaahai,,,,, sudah nak terberak baru nak gali lubang. Hendak tak hendak tebalkan muka minta belas dari Internet Desa untuk gunakan kemudahan yang ada. Draftkan surat ,print out dan minta tandatangan pengerusi yang baru saja tiba.. Hebat betul kemajuan dan kemudahan masa kini dan ditambah dengan sedikit pengetahuan komputer yang aku ada.
Ramai juga penduduk kampung yang datang. Kebanyakkannya wanita. Orang lelaki keluar bekerja. Itulah yang aku mahu, untuk kaum wanita ye! Bila pembaca doa datang aku hulurkan surat pelepasan untuk bosnya. Surat yang masih panas lagi. Acara bermula dengan perarakan sepanduk Maulidur Rasul sambil berselawat. Aku tenguk dari jauh.dan uruskan kerja yang lain. Hebat juga. Jarak perarakan tidak jauh ,cuma lebih kurang 200 meter sahaja.Terdapat lebih kurang 10 sepanduk yang menggunakan tulisan jawi. Itulah objektifnya.,untuk memertabatkan tulisan jawi.Kemudian pertandingan nasyid. Hebat betul kumpulan2 yang mengambil bahagian. Suara mereka begitu merdu sekali. Alangkah baiknya kalau lagu2 nasyid ini dialunkan sewaktu mendodoi anak. Ibu2 perlu sentiasa berselawat memuji Nabi sewaku menidurkan anak -anak mereka. Kumpulan nasyid dari persatuan aku tidak menonjol . Tapi aku puji kerana masih ada semangat walau pun umur mereka rata-rata menceecah 60th.dan ada yang sudah berumur 78th. Syabas....walaupun tidak menang. Kumpulan NGO yang lain kebanyakkan masih muda lagi,,awal 40an. Tahniah kepada yang menang.Majlis diramikan oleh ADUN.
Malamnya nya diadakan cerama agama dari penceramah jemputan yang terkenal. Walau pun hujan ..tapi mendapat sambutan.Program tamat tepat pukul 11 malam. Penat tapi puas.

Tuesday, 15 February 2011
Ade-ade aja.
Hari ini seperti biasa , pagi sehingga tengahari panas.....petangnya hujan. Ini bererti bunga-bunga ditaman keliling tak perlu disiram .Jimat sikit bil air......itulah rahmat dari Nya. Selalunya selepas subuh baca Quran ...ataupun tengahmalam sebelum tidur......tenang rasa hati ini. Pagi tadi baca yassin sempena Maulidur Rasul. Ke jemputan majlis yassin dirumah kekawan. Ada yang nak pergi umrah....doa selamat untuk keluarga ,doa kesyukuran dan sebagaiya. Teringin juga aku nak buat majlis begini kat rumah. ....tapi suami kata buat jelah kat masjid.Tapi suatu hari nanti aku nak buat juga....tunggu anak-anak cuti dan berkumpul. Pesan suami kalau buat kat rumah suruh lah keterer sediakan ....nanti penat .Rupanya ...sisuami ni sayang kat isteri....huk...huk.
Selalu-selalulah baca quran dan yassin....berkat. Rumahtagga aman...tak mudah rasa boring dan yang penting kita rasa tenang walaupun ada masalah .
Sejak bersara sudah hampir 10 bulan aku tak rasa jemu dirumah . Aku buat kerja apa yang aku suka . Tak peduli apa yang nak orang kata.....aku buat aje. Tanam dan jaga bunga tiap-tiap hari. Ada juga jiran kata ,.....lebih baik tanam sayur dari bunga....Tak apalah ....minat seseorang tak sama. Ada juga aku tanam cilli padi. . Lebat buahnya , 10 pokok semua. Pokok pegaga .janggus dan ulam cabang tiga pun ada.
Mendengar radio tiap-tiap hari . Nyanyi -nyanyi....... Pelan -pelan .......malu jiran dengar.Bila jiran keluar kita kuat sikit suara tu. Suara ni masih hebat lagi. Kali terakhir menyanyi di pentas sewaktu majlis makan malam persaraan. Malu betul.....staf yang paksa......deme kate suare mike sedap he...he......
Sessekali keluar untuk berjumpa kawan dirumah persatuan . Sekarang aku sudah dilantik sebagai Setiausaha Kehormat PERKIM Cawangan. Seronok juga....sedia minit mesyuarat dan menjadi pengerusi sementara untuk mesyuarat.
Esok akan ke Majlis Daerah untuk sessi temuduga sebagai Ahli MajlisMesyuarat Sivil. Harap -harap berjayalah . Doakan mama ye anak-anak ku. Semuanya itu dari Allah.Kalu dapat syukur dan sebaliknya ....syukur juga ye!
Tadi layari fb Koncept Garden sekejap. It's so nice and sleek. Kalau dapat camtu ........tapi syukur dengan apa yang ada....alhamdulillah...
And lastly , to full fill the time main juga game ....cam bebudak .....hehe....Astaghfirullahhal'zim

Friday, 11 February 2011
kenduri kawin
,
Bunga ditaman disunting orang.
Kumbang datang menyeri bunga.
Ramai sungguh tetamu datang
Semuga pengantin kekal bahagia
Ramai sungguh tetamu datang ,
Semuga pengantin kekal bahagia.
Memadu kasih nan sayang
Kekal abadi aman sentosa
Kad jemputan untuk majlis perkahwinan menimbun penuh dalam kotak . Kebanyakkannya serentak . Hari Sabtu dan Ahad. Dalam satu hari paling kurang tiga kenduri .Hari Sabtu ini ada lapan panggilan kenduri. Tiap minggu ada kenduri .
Kad jemputan kahwin sekarang ini ada berbagai bentuk dan corak. Paling simple pun ada ...dibuat dan print sendiri. Jimat belanja........ Zaman aku budak-budak , tak pernah pulak aku nampak kad jemputan dirumah orang tua aku....Seingat aku ...... orang kampung ....cuma pergi memadah(pergi dari satu rumah kesatu rumah untuk menjemput) atau pun guna wakil memadah. Berjalanlah dari satu kesatu rumah , dari satu kampung kesatu kampung......dari pagi sehingga petang berjalan kaki atau mengayuh basikal. Penat ......ye! Kalau nasib baik, tuan rumah hidangkan segelas air . Hilang penat ..... Itulah cara oang dulu.Sekarang senang dan mudah SMS , warwarkan dalm internet, semua kawan boleh jemput atau letak kad dalam peti surat .
Orang dulu , majlis akad nikah dan kenduri kawin biasanya dibuat dirumah .....kecuali kalau kena tangkap basah .Pasangan akan dinikahkan dirumah Tok Kadhi.Orang sekarang rata-rata diakadkan dimasjid .Anak dara pun turut serta kemasjid. Tok guru pesan kalau kemasjid tu...pakailah pakaian pengantin yang bertutup aurat. Ada juga yang pakai agak seksi, Kain jarang dan berbelah dipaha belakang. Sebenarnya kalau tak pergi pun tak mengapa..... Selepas selesai nikah....bawalah rombongan pengatin lelaki kerumah untuk acara membatalkan air sembahyang.Bawalah masuk kebelik nak cium dahi ke......terasa lah sopan sikit.
Persiapan bilik pengantin sudah tentu hebat. Waktu kakak kawin semuanya disediakan oleh mak. Setahun sebelum majlis ,mak dah mula menekad( Sulaman benang emas yang menggunakan alat khas untuk menekad) , menyediakan bunga telur ,bantal dan tilam,tikar sila untuk pengantin,saprah dan sebagai. Aku kagum dengan sikap orang dulu yang sanggup mnyediakan semua ini dengan kudrat sendiri dan amat kreatif sekali. Orang sekarang pun hebat juga. Semuanya ditempah khas atau lagi hebat dengan hanya menyewa sahaja set bilik dan pelamin pengantin. Bayarannya sudah tentu hebat juga. ...mencecah ribuan Rm......Ibubapa dan juga pengantin pun terasa kehebatannya..Lepas kenduri pening kepala nak bayar hutang. Lainlah kalau kita orang yang SANGAT -SANGAT BERKEMAMPUAN.
Seingat aku...... dikampung , sebulan sebelum majlis perkahwinan , jiran -jiran sudah mula datang untuk bertanya khabar , membantu membelah kayu api atau membawa kayu api untuk tuan kenduri. Seminggu sebelumnya , diadakan gotong royong menebang buluh untuk dijadikan bangsal/khemah tetamu lelaki dan wanita serta bangsal memasak. Atap khemah dianyam dari daun rumbia dan khemah berlantaikan buluh atau papan sahaja, Duduk lah para tetamu bersila menikmati hidangan yang disediakan. Tetamu datang berduyun-duyun membawa sia (mangkuk tingkat/sejenis bekas bertangkai diperbuat dari alluminium)yang berisi berbagai jenis kuih muih atau diisi dengan gula atau beras. Tuan rumah akan menyediakan sejenis menu, khas untuk diisi semula kedalam sia ini untuk dipulangkan semula kepada tetamu jemputannya. Tuan rumah juga ada melantik AJK kenduri. , contoh ketua balai. ketua tukang masak, ketua mangkuk sia, dan sebagainya.
Tuan kenduri menumbangkan lembu atau kerbau dan kambing peliharaannya untuk dijadikan lauk . Rebung masak lemak dan umbut bayas sudah pasti ada. ......emmmmm sedap. Ditambah lagi dengan sambal petai dan berbagai jenis ulaman. Amat berbeza dengan suasana kenduri sekarang. Lebih ekonomi. Semuanya dibuat secara bergotong royong.
Majlis bersanding dan berinai juga ada. Pelamin dibuat sendiri . Pnggil tukang pelamin tolong tunjuk ajar. Upahnya cuma bagi dia makan atau hadiahkan rokok padanya. Malamnya diadakan upacara berinai kecil dan besar. Berinai kecil hanya untuk pengantin perempuan sahaja. Berinai besar anak teruna turut serta kerana mereka telah dinikahkan lebih awal sebelum hari kenduri. ......Nikah gantung. Pada siangnya iaitu pada hari kenduri ada majlis bersanding. Ada penjak silat. Malam nya, bagi yang berkemampuan ada wayang kulit atau menjemput kumpulan kugiran dan lagi sekali majlis bersanding cara barat diadakan. Hebat sekali ,sidara pakai gaun putih dan siteruna pakai kot hitam /putih.
Seterusnya majlis dipihak lelaki yang di panggil kenduri menyambut menantu. Ada dua jenis menyambut iaitu sambut mentah dan sambut masak. Sambut mentah dibuat jika pihak lelaki mengadakan kenduri pada keesokannya. Sambut masak pihak lelaki akan mengadakan kenduri menyambut lewat tiga hari kemudiannya.
Apa yang dapat aku dapat simpulkan disini, perbelanjaan untuk majlis kenduri sekarang sangatlah tinggi jika hendak dibandingkan dengan dahulu. Orang sekarang masing-masing ingin tunjuk kehebatan.

Friday, 4 February 2011
Aku anak orang kampung.
Sekarang......bila dah berumur tak ada jatuh-jatuh lagi....... Lebih berhati mengatur langkah . ....kut terjatuh atau terpelecok nahas dibuatnya. Tulang orang lama ni , rapuh....osteoporosis. Kalau dah sakit ....susah. .Anak-anak, dah jauh dari mata ,masing-masing dengan tugas......mereka ada suami ...ada anak-anak yang perlu dijaga.Cuti tahun Baru Cina ni ...anak-anak tak balik ....'baby'yang dah jadi anak dara tu saja ada kat rumah itupun cuti semesternya. .Sisulong yang dah nak jadi orang tua tu dengan dunianya saja .Pagi petang siang malam dipremis perniagaannya. Bila aku duduk sesaja dapat idea yang nak dituliskan ini ,buat tatapan anak-anak yang disayangi atau sesiapa sahaja.
Sejak dari dulu.....waktu zaman budak-budak(kanak-kanak) lagi memang aku ni kaki makan. Makan apasaja yang dimasak oleh mak. ......emm.......sedap. Orang dulu-dulu makanan yang disediakan tidaklah seperti orang sekarang. Orang sekarang masak guna dapur gas atau elektrik stove terkini induction cooker dan ada macam-macam cooker yang diinovetkan(innovation). Suri-suri sekarang duduk didapur nampak cantik dan kemas ...tidaklah seperti orang dulu-dulu....nampak comot. Terpalit arang kat muka..abu memutih atas kepala...bau asap api.... Berpeluh meleleh-leleh. Hidupkan api guna getah sekerap.Bila api dah menyala barulah boleh mula memasak. Bila api padam tiup lagi dengan corong buluh. .....abu berterbangan. Mana-mana suri yang ada penyakit lelah tu, penatnya tercungap-cungap......kesian ye! Makanan tetap sedap dan menyelerakan.Mak selalu sediakankan makanan yang enak-enak. Lauk ikan bendang dan sungai seperti keli,puyu. sepat,haruan,baung,keco(siput sedut) gondang ,lampam, ikan laut masin pun ada juga. Masaknya simple saja ,direbus ,masukkan asam keping ,masak lemak.,dibakar emmmm...sedap. Sesekali mak jamu lauk ayam .Hebohlah sekampung aku canang mak masak ayam.Kebanyakkan bahan makanan didapati disekeliling kita dan 'fresh-fresh belaka.Waktu sarapan mak sediakan lempeng pisang ,cucur kodok.,roti malas(tepung yang dibancuh dengan kelapa yang agak muda kemudian ditempek dibelanga tanpa minyak dimakan bersama gula atau kuah.Sukalah aku dengan roti yang ini), nasi lemak pun ada, pulut nyiur tabur - tanak pulut kemudian tabur kelapa - makan dengan ikan pekasam. Mentua lalu tak nampak. Mak buat juga nasi goreng ,dicampur dengan kelapa yang dikukur. Zaman dulu-dulu tak adalah cucur udang .Seingat aku mak buat cucur campur kelapa , potong cili itu saja.Ulaman biasalah dulu-dulu.Makan ulam sejak dari kanak-kanak lagi,umbut tepus, daun capa,sekentut,salang ,setang dan macam lagi . Hebat betul makanan orang dulu-dulu. Tidak tercemar dek racun serangga.
Bila ayam berkokok bertalu-talu ,aku menggeliat dalam selimut kain setong (kain seperti kain batik sarung tapi ial ebih labuh dari kain sarung)bangun lah aku dalam kesejukkan ......itu sajalah alarm yang ada untuk gerakkan kita. Dulu ayam berkokok cuma waktu suboh saja. Kalau ayam berkokok waktu siang membawa petanda yang tidak baik. Tapi ayam sekarang dah educated.Berkokok tidak kira waktu. Bangun pagi terusl kesungai untuk mandi.Nanti nak kesekolah.Telaga pun ada , tapi malas nak ceduk . Amboi mak oi.....!! sejuuuuuuuknya....... menggedik! . Airnya jernih dan bersih .Nampak hingga kedasarnya walaupun hari masih kelam. Nampak anak-anak ikan , labi-labi atau pun kura-kura. Bila nak mandi ,terus terjun kedalam sungai tak perlu guna cebuk atau "shower'. Selam-selam.....gosok-gosok... guna sabun cap buruh... kekadang saja guna sabun wangi.Syampunya pula ....taklah seperti sekarang .....mak cuma sediakan sintuk. Buihnya seperti syampulah.......aku rasa lagi baik guna sintuk dari syampu. Macam macam jenama syampu sekarang dipasaran. Aku mula mengenali syampu yang dijual dipasaran ....bila naik ke tingkatan empat. Syampu ini diberi oleh kakak ku yang kedua. Entah dari mana dia dapat syampu tu. Dia kata 'ambillah minyak rambut ni . ' Emm... aku pun ambillah dan sapu pada rambut. Wangi sungguh..... sedap baunya.Bila balik dari sekolah terus mandi......bila kena air berbuihlah.. Hairan bin ajaib ,minyak rambut yang dibeli ni berbuih ye! maklum sajalah mak cuma pakaikan aku minyak kelapa untuk rambut ku dikepala. Rambut ku hitam berkilat dan cantik. Baunya ....tak jadi masalah . Kawan aku pun sama seperti aku. Muka berminyak dek lelehan minyak kelapa. Naik kesekolah menengah jarang aku pakai minyak kelapa. Minyak dipakai pada hari minggu sahaja. Malu dengan kawan -kawan.yang berketurunan dari pekan !. Kekadang mak lumurkan santan kelapa yang diperap semalam dikepala, katanya untuk lebatkan rambut, rambut hitam dan sejukkan kepala. Sakit kepala mungkin dapat dihindarkan. Gosok gigi tak pernah lupa.......Gigi ku putih bersih. Ubat gigi istimewa sungguh. Mak sediakan arang dicampur sedikit garam yang siap ditumbuk.Arang dari puntung kayu didapur. Letakkan arang dijari dan sentallah kuat-kuat. Kumur-kumur dan gigi pun bersih , putih berseri.Sehingga sekarang aku belum menggunakan 'false teeth' lagi.
Pakaiaan pula tidaklah seperti sekarang. Mak pakaikan aku kain batik (saiz untk kanak),sket yang labuh atau gaun yang dijahit oleh mak. Suatu hari hendak dijadikan cerita, kain aku terlondeh depan cikgu. Dulu waktu aku darjah satu tidak ada pakaian seragam seperti sekarang . Pakaian untuk kesekolah bebas ,dengan syarat, warna baju putih dan kain hijau atau biru . Nak pakai baju kurung ka.., blaus ka....seluar pendik.ka ...panjang ka... tak apa.... ! Mak buatkan sket labuh sapasang dan sepasang lagi baju kurung dengan kain sarung. Hari tu aku pakai baju dengan kain sarung.Waktu pendidikan jasmani ,kain aku terlondeh depan kawan-kawan lelaki dan perempuan. Malu aku bukan kepalang. Balik kerumah aku menangis. Mak hairan ! Kain terlondeh mak oi !, tak pakai sket dalam pulak tu!!!!.Pakaian seragam mula diperkenalkan apabila aku mencececah naik kedarjah enam. Kalaulah pakaian saragam tidak diselaraskan dizaman la ni.....tak taulah macamana rupanya ye!Huruhara...!
Dulu dan sekarang amat jauh bezanya, macam langit dengan bumi !semua ada ye.....tapi tidak ada lagi air sejernih dahulu....fauna tidak lagi bebas dihutan,Rindu pada unggas berbunyi dan menyanyi jarang kedengaran ,katak tidak lagi riuh memanggil hujan.

Subscribe to:
Posts (Atom)