Sunday, 10 March 2013

Assalamualaikum......
Bismillah hirrahmanirahim.

Hari ini lain pulak ......ada salaam a....ada Bismillah. Elok tu nak mula apa pun kena baca Bismillah . Ingat pada yang Esa. Memuji Yg. Esa.............Kan bagus tu...!.

Dua hari lepas ke Daerah Sabak Bernam.... Mama tak pernah sampai kesana.Meronda Tanjung Karang adalah sekali . Itu pun kerana ziarah anak( Pinch Me) di UNISEL , lansung ke Tanjung Karang . Itu 2 tahun lepas..
  Terbaru ini dua hari yang lepas kerana  cucu. Mengasuh si ecah dan Abu Bakr. Bondanya ada anjur kursus dekat Institut Perakaunan Negara di Sg Air Tawar Sabak Bernam, Dibawa anaknya kesitu. Pada awalnya dia bercadang nak letakkan anaknya dipusat penjagaan Institt tersebut. Tapi mama tak berapa haraplah....kesian cucu-cucu mama tu. Baguslah  disediakan Pusat jaga anak sewaktu berkursus.
Mama dan abah fikir punya fikir eloklah pergi untuk jaga sendiri. . Boleh buat dua kerja dalam satu. Jaga cucu dan meronda..Sememangnya kami berdua di beri Allah masih ada kudrat untuk menikmati keindahan Alam ini......ronda-rondaanlah kami disegenap Daerah Sabak Bernan. Cantik pemandangan Sawah padi terbentang luas di kawasan Sekincan dan Tanjung Karang. Sejuk mata bila tenguk kehijauan. Rumah kampung , rumah moden bersih dan tersusun. Tak adalah sangat semak samun. Bagus orang kampung disitu.Rasa aman....rasa tenang.
         Malam di Sg.AirTwar sangatlah sunyi. Tiada deruan kereta. Gelaplah gulita kawasan yang berhampiran. Dikelilingi hutan paya laut.. Tidaklah seperti dibandar atau kampung mama. Sememangnya Pusat ini berada ditengah kampung nelayan dipendalaman. Ada usaha oleh kerajaan untuk dimajukan.
      Esknya mulalah mama dan abah meronda, Ke Pekan Sabak Bernam . Selepas itu ke Sg. Besar.  Jamu selera dekat pantai BNO.....Bagan Nakhoda Omar. ...atau mungkin Bagan Noh Omar.......,mee udang, Sedapnya,,, bolehlah kut.....
       Kawasan kampung yang dimajukan oleh kerajaan.....mungkin kerajaan sebelum ini. Ada Kolej Komuniti, Politeknik, Pusat Latihan Dakwah, Sekolah Berasrama Penuh dan Institut Perakaunan Negara dan macam-macam lagi . Baguskan ? Pembangunan dibahagi samarata untuk dinikmati rakyat. Tidaklah seperti daerah mama ni.
       Disebelah petangnya bersama dik Na  dan anak-anaknya kegerai dihadapan institut untuk menikmati minuman petang. Hirup teh tarik dan menjamah rasa satay. Sedap juga sataynya. Sambil tu buat pesanan nasi goreng untuk makan malam memandangkan kantin dipusat tersebut tidak beroperasi pada waktu malam.
         Esoknya ....pagi-pagi sebelum subuh , abah dah berangkat balik. Ada kerja dan mesyuarat pada petangnya. . Tinggal mama dan dua cucu hari tu, Dik Na  dengan programnyalah.Maka duduk terperap dalam bilik, Mengasuh siecah The princes dan Si Imam Muda Abu Bakr Al Kauthar. Adik menyulur kesana kemari , mencari apa saja untuk dimasukkan ke mulutnya. Si ecah pula biasalah, membilang, menyanyi dan menari. Bila dah penat .....tidur lena sibudak berdua tu. Mama pun turut serta.
          Jam  2.30 ptg. berangkat balik kampung. Esoknya dik Na bercuti. Jadi blik terus kekampung tidaklah keKajang.
          Alhamdulillah selamat sampai tepat jam 7.30 malam melalui Jalan Sabak Bernam Teluk Intan. Laluan yang tidak pernah dilalui.Kalau dulu antara Teluk Intan dan Sabak Bernam terpisah oleh sungai. Tapi zaman dah berubah ada jambatan untuk mendekatkan jarak antara dua buah negeri.
          Alhamdulillah.........Wasssalam.
               

No comments:

Post a Comment