Thursday, 14 March 2013

suka baca blog

Assalamualaikum.
Alhamdulillah ,sihat wal'afiat......boleh terus membaca dan menulis blog....
Akhir-akhir ni jarang menulis tapi rajin sangat membaca blog penulis yang diminati ,
terutama blog anak-anak mama.

Mula-mula , mama baca blok Pada Hemat Saya(dik Na)  Pada Hemat Saya  menulis tentang pokok kali ini.
Di mentionednya nama mama....sebab mama suka membelai pokok. Pokok boleh beri kita sihat. pokok boleh doa kita bahagia, pokok boleh jaga rumah kita....dan sebagainya.
Gambar diatas tu semuanya  pokok berduri dan berbisa yang mama sengaja tanam dan diletakkan dalam pasu. Disusun diberhampiran tingkap dan disekeliling rumah untuk keselamatan . Batang berduri ....pokok yoga gambar ke 4 daunnya keras dan tajam. Sakit bila tercucuk . Pokok-pokok inilah yang menjadi JAGA paling setia untuk mengawasi rumah mama dari diceroboh..  Setakat ini pokok itu semua tidak pernah mencederakan cucu-cucu mama yg disayangi. Sebenarnya mereka tidak pernah menggangu pokok kesayangan mama.
Pokok  lain yang mama bela seperti gambar dibawah.



Sayangilah pokok kerana banyak manfaatnya.
Alhamdulillah ....Wassalam.

No comments:

Post a Comment