Sibuk semacamlah sekarang. Mengasuh cucu...ziarah cucu....makan angin dan macam lagi. Bila banyak berjalan dah tentu tidak ada masa untuk ziarah blog, cuma singgah untuk baca sahaja. Cukup hanya sekadar membaca.,,,,dapat berkongsi cerita. enjoy sekali bila membaca coretan dari blog yang diminati. .
Tu kat atas kereta... baru beli... dah lebih 3 bulan menggunanya. Kereta besar dan tinggi. sedaplah untuk berjalan jauh, sesuailah untuk travel jauh. TidaK rasa mudah letih. Sesuailah dengan mama dan abah yang sudah berusia ini. Abah beli ini untuk keperluanlah. Buat mengisi barang perniagaan dan juga anak cucu yang dah ramai ni. Kereta Myvi 1954 mama serahkan pada Pinch Me untuk kemudahannya dikampus kebetulan kereta Proton Flx telah pun di jual kerana banyak ragamnya walau pun kereta itu sangat baru dibeli.
Mama sekarang bulat hati untuk membuka satu lagi lot kedai......sudah pun diperolehi tapaknya. Sewa nya murah sesuai dengan sekitaran dan ekonomi disitu. So sekarang sedang buat sedikit renovation
Minggkin dalam masa seminggu dua lagi akan beroperasi. . Walau pun mama dah tua tapi minat untuk berniaga masih ada. Berniga adalah tuntutan agama. Dapat membantu masyarakat dan buat kebajikan. Mama Doakan moga berjaya dan memdapat berkat dari AllahSWT. Tiap hari mama dan abah keluar untuk tinjau harga dipasaran, pergi mendapatkan wholesale yang dapat menawarkan harga termurah. Oleh kerana minat berniaga DAN kerana Allah mama rasa segar.....tidak rasa letih . itulah yang dapat mama rasakan. Allah maha adil dan pemurah. Subhanallah. Allah Maha Besar. Semuga rezeki yang diperolehi dapat dikongsi bersama. Wassalam
No comments:
Post a Comment