Monday, 18 March 2013

Sibuk semacam



Assalamualaikum ......Alhamdulillah dapat jenguk blog seketika.
Cuaca amat perit sekarang.Bahang panas . Aircon sentiasa terpasang. Entah berapa bil nak kena nanti...
Tadi awal pagi dah kedapur.  Mama perlu sediakan sarapan lebih awal untuk Dr. Ani. Kesian dia ....setiap hujung minggu dia akan balik kerumah. Eloklah mama sediakan sarapan hasil  air tangan mama .Tapau nasi goreng utknya. Lepas subuh dia pun bertolak ketempat kerjanya. Tunggu minggu hadapan baliklah pula dia..

Selepas Subuh prayer....mama terus kelaman belakang  memetik daun mengkudu untuk diberikan kepada Mkteh Limah  , alas tunku . Anaknya baru bersalin. Dalam pantang. Berjoging sambil bawa daun mengkudu kerumahnya. Pagi masih gelap , takada orang yang nampak.
Lepas joging. ke stor  belakang.Keluarkan cangkul. Gali dua lubang untuk tanam anak cili. Dua tiga bulan lagi tak perlu beli cili, insyaalah. Lepas mandi mandi , pakai cantik-cantik . Terus ke Penang untuk dapatkan barang. Zohor sampai semula dirumah. Rehat sebentar. Pukul 3 ke Dewan Sentosa untuk mesyuarat Jiranita. Maklumlah jadi Pengerusi. Sekejap saja mesyuarat . Ringkas cukuplah. Lepas tu ziarah kematian .
Tiba dirumah hampair jam 5. Terus ke kedai ...susun-susun barang.


Allah beri nikmat pada mama. syukur padaNya. Alhamdulillah.  Wassalam.


No comments:

Post a Comment