Thursday, 21 March 2013

kongsi cerita

Assalamualaikum .....dan alhamdulillah jumpa lagi.

 Tadi petang ke Mesyuarat PIBG Sek.Men.Dato Hj.Hussein. Mama ikut sama sebab YDPnya jemput sebab mama yang sponsor makan. Teringat zaman mama sewaktu bertugas. Dapat jumpa kawan lamayang masih mengajar disitu.
Mmama ikuti mesyuarat dari awal hingga akhir. Inilah kedatangan pecah rekod kehadiran ibubapa. Hampir 400 ratus ibubapa yang memberi keyakinan kepada PIBG yang lepas.
 Kali ini ada pemilahan untuk JK baru. YDP bagi sessi-sessi yang lepas dilantik semula.Mejoriti menyukai beliau dikekalkan ,walau pun suah lapan tahun memegang jawatan tersebut.
Jadi YDP PIBG  adalah satu tugas yang perlu dibuat dengan penuh keikhlasan.. PIBG tidak seperti badan NGO yang lain. Tidak ada bayaran atau kelim miles untuk menghadiri mensyuarat diluar kawasan. Kerja berat dengan kerenah ibu bapa yang liat untuk membayar yuran PIBG atau lain bayaran untuk kemajuan anak-anak mereka. PIBG perlu bekerja keras untuk mendapatkan bantuan kewangan demi anak-anak didik.
 Nak dijadikan cerita , keluarlah seorang bapa mempertikaikan pelantikan semula YDP lama. Katanya tidak sah mengikut Perlembagaan. Hebat jugalah bapa ni . Pandai mengomen. Mama rasa dia datang mensyuarat bukan untuk memberi idea atau mambantu bagaimana untuk meningkatkan prestasi sekolah. Tapi nak tunjuk lagak yang dia ni hebat tentang perlembagaan. Agak mama , sebelum hadir , dia buat ulangkaji dirumah dahulu. Dia cuma nak cari kesalahan orang. Dia kata YDP sekarang sudah tidak ada anak yang bersekolah disini lagi. Tapi dia tak baca tentang Pelan Pendidikan yang istiharkan pada tahun 2012. yang lepas. Tentang Serana sekolah dan sebagainya. Sesiapa sahaja layak untuk mengangotai JK sekiranya berwibawa.
Mama rasa dia malu jugalah. Dua kali dia bangun menguatkan hujahnya.
Akhirnya dia keluar begitu saja. Mama kalau nak komen  sesuatu dalam mesyuarat , kena buat homework betul-betul . Yakin sungguh-sungguh ,. Jangan tibai saja.

Alhamdulillah dan tahniah, Wassallam.
.



No comments:

Post a Comment