Thursday, 5 December 2013

Sudah lama menyepi

Assalamualaikum......enteri yang akhir ialah 18 Julai 2013...iatu Umrah lagi. Ini bermakna sudah hampir 5 bulan ye tidak menulis.....Bukan sakit tapi.... Sihat Wal'afiat . Syukur pada Allah. Semakin tembam...Selera makan...amboi! tolak batu kayu dan yg haram dimakan

Selepas balik umrah ... Ramadhan  pula datang ....Di bulan Ramdhan manalah ada masa untuk menulis...kan? Siang menguruskan Butik walaupun ada pembantu .Tak boleh serah bulat-bulat pada nya. Nanti lingkup pulak. Malamnya sudah tentulah ke masjid solat sunat Taraweh ...lepas tu terus bertaddarus hingga ke tengah malam bersama rakan seangkatan.. ........Sayang untuk meninggalkan solat sunat ini ....kerana ianya hanya datang setahun sekali.  Sahor bangun lagi...kan!...teruslah mengerjakan solat subuh. `Itulah rutin nya dibulan puasa....MasyaAllah. Jadi tak ada masa terluang utk. menjenguk blog.

Selepas 10 hari menyambut raya....Mr.suami tu pulak tiba-tiba entah apa mimpinya .....teringin sangat untuk jelajah Pahang..Johor ...Melaka ....Walhal kami sudah biasa kesini.....Katanya tak lengkap kalau tidak terokai kesetiap pelusuknya. So....what to do ...ikut sajelah....Maka mula penjelajahan kami berdua......Kalau dulu  bersama  anak-anak.... Emm... best gitu. Seluruh Johor diteroka....begitu juga dengan Pahang.....sehingga kehutan rimbanya. Dari pagi sehinggalah senja....bila senja baru lah mencari tempat penginapan...jika nasib baik ada bilik  kosong  dapatlah menginap di hotel yg mengerdip bintangnya. Tapi tak kesah sangat......asalkan ada tilam bantal sudah memadai.....bila badan sudah penat cepat saja mata terlelap. Esoknya awal seawal pagi selepas subuh ......jelajah lagi. ...Masanya kebetulan sama dengan Jelajah Mahkota Johor.....Seronok giler....he....Itulah ceritanya. Alhamdulillah ....diberi Allah sihat wala'fiat....

Baru-baru ini ....sebulan yg lepas ke negeri Sarawak.....jumpa kawan lama  kpd.suami yang sudah lama tidak bertemu. Mereka menetap di sana, Tiga hari bermalam .....tinjau....bandar Kucing.....kemudian ke Serian..selebihnya hanya berbual ditempat makan...tentang keluarga ,anak-anak dan  kisah silam. yang mencuit kenangan  , he...he,,...

Seminggu selepas itu ke Jawa Timur.....singgah di Bandung dan terus keTasik Malaya. lebih kurang 300 km dari Bandung. Penat sungguh perjalanan di sana . Tapi pemandanganya sungguh memukau.

Moga Allah murahkan rezeki dan sihat tubuh badan......Wassalam

Thursday, 18 July 2013

Umrah lagi


Assalamualaikum.....
Alhamdulillah sampai lagi hajat ke Mekah dan ziarah Madinah  utk .mengerjakan umrah...
Kali ini tidak berdua tapi bersama seorang anak, Dr Hasni. yang begitu teruja sekali untuk menjejak kaki ke bumi ambia.Syukur selamat berangkat pd 17/6/2013 sehingga 29 June. 

lapangan terbang Jeddah , Pukul 8 malam.

Lapangan terbang Riyadh.....transit sekejap shj. utk mengambil penumpang

Matahari terbenam di Riyadh


Mengisi perut dalam penerbangan. 
Masjid Nabawi......payung terbuka .Tapi sayangnya foto ini terbalik . Mama tak tahu nak betulkan

Raudhah - Masjid Nabawi
Betasak-asak untuk sembahyang sunat kat Raudhah....
Alhamdulillah dapat kesana selama 4 hri....setiap waktu berjamaah , Jarak antara hotel lebeh kurang 200 meter shj. Bolehlah tak penat.
4 hari di MADINAH....nanti kita sambung di MEKAH....Insyaallah.....Wassalam

Tuesday, 28 May 2013

Cita-cita

Assalamualaikum
Alhamdulillah...........mama syukur pada ALLAH  masih mampu lagi untuk bercita-cita. Ada orang kata kalau dah tua macam mama......cita-cita tu sudah jadi angan-angan Mat Jenin. Akan jatuh berdentum bunyinya. Masyaallah. ....takut juga. Tapi jangan fikir sangatlah.
 Cita -cita perlu bersama dengan usaha ....insyaallah akan berjaya. Cita-cita sewaktu zaman kanak-kanak tak sama dengan cita-cita bagi seorang dewasa atau yang sudah sangat matang usianya.
Cita-cita zaman kanak.....hendak jadi seperti apa yang dia nampak..contoh nak jadi jadi cikgu...ustazah....Guru Besar.....kemudian berubah lagi dan lagi...
Bercita-cita  di usia begini....... mama rasa amat baik. Pertamanya dapat membantu mencerdaskan otak. Otak sentiasa berfikir / bekerja untuk mencetus idea, kratif dan berinovatif.  Jadi ,otak kita akan kurang merayau kepada memikirkan perkara yang buruk.   Badan mungkin bertambah sihat.Kita perlu jadi muda kembali bersama anak-anak yang mungkin masih mempunyai cita yang belum tercapai.......bangun bersama anak-anak .
 Allah Maha Besar. Bertaqwalah ..... berusahalah......Allah akan mempermudahkan segalanya. Tanpa usaha citacita akan jadi angan-angan.
Wassalam.....


Thursday, 16 May 2013

Hari Guru

Assalamualaikum
Alhamulillah ...sibuk seharian di Butik . ,,,,,melayan pelamggan.
Semalam petang ramai jugalah guru...rakan-rakan guru...anak murid yang sudah menjawat jawatan guru menjenguk ke Butik mama. Hairan pula ramai yang memanjat naik untuk mendapatkan pakaian dan tudung. Rupa nya Hari ini meraka menyambut Hari Guru. MamA HAMPIR LUPA. Kak Yan  dah lupa ke ? esok kan Hari Guru. Kami nak pakai baju dari Butik kak yan.....tau. Menitis air mata mama. Masih sayang mereka pada mama seorang pesara guru yang sudak bertukar profesyen. Punya sebuah Butik Muslimah .....Tabik Kak Yan. Kak Yan nampak ceria. Itulah pujian untuk mama.

Apa mama nak jawab pada pujian ini.? Allah saja yang tahu. Sebenarnya mama sebagai pesara guru ,  sedang memberi pendidikan secara tidak langsung pada masyarakat di sekeliling mama.. Cita-cita tidak pernah pudar walaupun usia lewat ke senja. Cita-cita mama masih ada bukan tenggelam bersama  usia tua. Bangunlah bangsa. Jamgan duduk saja berpeluk tubuh.Sebenarnya mama malu bila melihat bangsa lain yang begitu gigih bekerja walaupun sudah lanjut usia. Mama belajar dari mereka. Taukeh Lim kan kaya raya sekarang.....mengapa? Lim tidak menunggu buah masak jatuh kedalam raga......tapi dia jolok buah nya.

Hari ini mama menerima ucapan sms dari rakan. Terimakasih, Mama dengar lagu Guru Malaysia dari corong radio. Sedih .....teringat kenangan sewaktu bertugas . Kerenah anak didik masih terbayang. Harapan semoga rakan guru yang masih bertugas tidak jemu mencurah ilmu.
Wassalam.    

Saturday, 11 May 2013

PRU.....

Assalamualaikum.....
Alhamulillah syukur pada Allah , dalam sibuk ni dapat juga mengetuk blog ni.......PRU 13 sudah berlalu....... Harapan pada yang menang buatlah yang terbaik terutama pada YB yang menang  tipis. Kajiselidik apa yang silap . Berikan keutamaan pada pembangunan yang diperlukan pengundi tempat anda. Jangan tertumpu pada keperluan individu sahaja. Pengundi naik muak dengan paparan. sebegini. ...Hari ini YB kerumah sipolan dan sipolan kerana ziarah rumahnya roboh....kerana sakit dan sebagainya. Itu tak perlu dihebahkan.  Pergilah secara sukarela . Orang ramai faham. Itulah salah satu tanggungjawab beliau ,jangan lupa ye pembungunan yang boleh dinikmati bersama oleh semua peringkat masyarakat. Yang berada dan miskin perlu diberi perhatian. Yang berada bukan bermaksud jutawan.Ibu tunggal tidak semestinya miskin ,orang kampung punya ladang sawit , kakitangan kerajaan tidak semuanya berada.
Bagi YB yang kalah dlam PRU......tolonglah jangan lah dok naikkan semangat perkauman. Risau saya . Semua rakyat Malaysia yang tidak berdosa ini nak hidup dalam aman damai . Kalau dah ada berlaku Tsunami perkauman. ......teruklah kita . Nak keluar rumah pun takut....nak tinggalkan rumah pun sangsi....anak-anak jauh diperantauan tidak dapat diziarahi lagi..Tolonglah.....jangan diletak daun kering pada  bara. .....bila menyala , susah dibuatnya. Terimalah hakikat kalah dan menang.Itu semua datang dari Allah. Kita ada Allah , Yang perlu kita buat ialah amanah dan keikhlasan  , jalankan  tanggungungjawab dengan tidak menyebelah pada mana-mana pihak dan fahaman politik.
Mohonlah sama-sama berdoa pada Allah moga dijauhkan bala ini.......Sayang Bumi Malaysia ...
wASSALAM.

Tuesday, 2 April 2013

Qasra Nur Butik

Assalamualaikum
Alhamdulillah.....Akhirnya cita-cita mama untuk berniaga sendiri akhirnya menjadi kenyataan....
Berniaga memang sudah lama menjadi impian. Bercerita perihal niaga ini....sebenarnya arwah mak mama dulu pun rajin buat kuih jual . Tiap - tiap malam arwah mak bersengkang mata buat kuih seperti kuih bengkang, apam , kuih badak ,kuih lapis dan sebagainya untuk diletakkan di gerai mamak. Seronok  bila kuih mak habis dijual,Mak memang pandai buat kuih. Sedap....memang mendapat pujian dikalangan pendududk disitu.


Kini telah tercapai cita-cita mama setelah bersara .Memenuhi masa yang mama rasa sayang untuk buang begitu sahaja. Oleh itu, mama perlu set masa mama dengan baik. Masa untuk ke butik, masa untuk keluarga , memnuhi masa untuk NGO mama , masa untuk dunia akhirat dan juga hobi mama 'GARDENING'
Mujurlah dengan kehendak Allah dapat seorang pembantu yang mama idamkan,,,,seorang anak yatim . Dapatlah mama buat sedikit kebajikan. Memang itulah hasrat mama. Berniaga dan membuat kebajikan kepada masyarakat sambil menunaikan 'Fardhu Kifayah'. Menitis air mama menerima anak yatim ini.Harapan mama agar dia dapat bekerja dengan baik dan amanah.

Butik yang berkonsepkan Islam . Berbagai jenis tudung , Pakaian Muslim ,kelengkapan Haji / umrah dan sebagainya, Butik masih dalam promosi....nanti Ahad ini nak buat bacaan yassin dan doa selamat. Semuga mendapat sambutan dikalangan masyarakat dari dalam dan luar daerah.

Semoga berjaya dan mohon doa kepada Allah agar memberkati perniagaan ini. Wassalam.


Thursday, 21 March 2013

kongsi cerita

Assalamualaikum .....dan alhamdulillah jumpa lagi.

 Tadi petang ke Mesyuarat PIBG Sek.Men.Dato Hj.Hussein. Mama ikut sama sebab YDPnya jemput sebab mama yang sponsor makan. Teringat zaman mama sewaktu bertugas. Dapat jumpa kawan lamayang masih mengajar disitu.
Mmama ikuti mesyuarat dari awal hingga akhir. Inilah kedatangan pecah rekod kehadiran ibubapa. Hampir 400 ratus ibubapa yang memberi keyakinan kepada PIBG yang lepas.
 Kali ini ada pemilahan untuk JK baru. YDP bagi sessi-sessi yang lepas dilantik semula.Mejoriti menyukai beliau dikekalkan ,walau pun suah lapan tahun memegang jawatan tersebut.
Jadi YDP PIBG  adalah satu tugas yang perlu dibuat dengan penuh keikhlasan.. PIBG tidak seperti badan NGO yang lain. Tidak ada bayaran atau kelim miles untuk menghadiri mensyuarat diluar kawasan. Kerja berat dengan kerenah ibu bapa yang liat untuk membayar yuran PIBG atau lain bayaran untuk kemajuan anak-anak mereka. PIBG perlu bekerja keras untuk mendapatkan bantuan kewangan demi anak-anak didik.
 Nak dijadikan cerita , keluarlah seorang bapa mempertikaikan pelantikan semula YDP lama. Katanya tidak sah mengikut Perlembagaan. Hebat jugalah bapa ni . Pandai mengomen. Mama rasa dia datang mensyuarat bukan untuk memberi idea atau mambantu bagaimana untuk meningkatkan prestasi sekolah. Tapi nak tunjuk lagak yang dia ni hebat tentang perlembagaan. Agak mama , sebelum hadir , dia buat ulangkaji dirumah dahulu. Dia cuma nak cari kesalahan orang. Dia kata YDP sekarang sudah tidak ada anak yang bersekolah disini lagi. Tapi dia tak baca tentang Pelan Pendidikan yang istiharkan pada tahun 2012. yang lepas. Tentang Serana sekolah dan sebagainya. Sesiapa sahaja layak untuk mengangotai JK sekiranya berwibawa.
Mama rasa dia malu jugalah. Dua kali dia bangun menguatkan hujahnya.
Akhirnya dia keluar begitu saja. Mama kalau nak komen  sesuatu dalam mesyuarat , kena buat homework betul-betul . Yakin sungguh-sungguh ,. Jangan tibai saja.

Alhamdulillah dan tahniah, Wassallam.
.