Saturday, 11 May 2013

PRU.....

Assalamualaikum.....
Alhamulillah syukur pada Allah , dalam sibuk ni dapat juga mengetuk blog ni.......PRU 13 sudah berlalu....... Harapan pada yang menang buatlah yang terbaik terutama pada YB yang menang  tipis. Kajiselidik apa yang silap . Berikan keutamaan pada pembangunan yang diperlukan pengundi tempat anda. Jangan tertumpu pada keperluan individu sahaja. Pengundi naik muak dengan paparan. sebegini. ...Hari ini YB kerumah sipolan dan sipolan kerana ziarah rumahnya roboh....kerana sakit dan sebagainya. Itu tak perlu dihebahkan.  Pergilah secara sukarela . Orang ramai faham. Itulah salah satu tanggungjawab beliau ,jangan lupa ye pembungunan yang boleh dinikmati bersama oleh semua peringkat masyarakat. Yang berada dan miskin perlu diberi perhatian. Yang berada bukan bermaksud jutawan.Ibu tunggal tidak semestinya miskin ,orang kampung punya ladang sawit , kakitangan kerajaan tidak semuanya berada.
Bagi YB yang kalah dlam PRU......tolonglah jangan lah dok naikkan semangat perkauman. Risau saya . Semua rakyat Malaysia yang tidak berdosa ini nak hidup dalam aman damai . Kalau dah ada berlaku Tsunami perkauman. ......teruklah kita . Nak keluar rumah pun takut....nak tinggalkan rumah pun sangsi....anak-anak jauh diperantauan tidak dapat diziarahi lagi..Tolonglah.....jangan diletak daun kering pada  bara. .....bila menyala , susah dibuatnya. Terimalah hakikat kalah dan menang.Itu semua datang dari Allah. Kita ada Allah , Yang perlu kita buat ialah amanah dan keikhlasan  , jalankan  tanggungungjawab dengan tidak menyebelah pada mana-mana pihak dan fahaman politik.
Mohonlah sama-sama berdoa pada Allah moga dijauhkan bala ini.......Sayang Bumi Malaysia ...
wASSALAM.

No comments:

Post a Comment