Friday, 25 March 2011

Sudah beberapa hari tidak membuat coretan di blog ini.
Nak kata mama busy....... tak lah ....
wireless network very slow.......
patutlah slow .....broadband dah dibawa sisulong ke premisnya
ambil tanpa pengetahuan ..ha...ha..
he told me .... that ,he"ll get the new one
oh ! ho ....thats good.........
now!.......... ok dah......syukran .....
Khamis semalam  menghadiri mesyuarat diMDS 
Sebagai AJK Masyarakat sivil yang
 ditubuhkan oleh kerajaan negeri di setiap daerah
Dianggotai  oleh 20 wakil berbagai badan NGO
 cina...india dan melayu......
Pengerusi nya  tn . ado 
Mesyuarat 4 kali setahun
........tapi mama rasa...... elok tambah lagi.!!!... 
barulah ada keberkesanannya.
bincang tentang halatuju - aspek ekonomi . kesihatan .taraf hidup
kebersihan /  keceriaan dsb..nya.
mama memang semangat  untuk nak tonjolkan  MDS
terutama keceriaan ,bersih dan damai....
TAPI YANG PENTING .... ......
libatkan semua  pihak ...dan lapisan.
ada kesungguhan.........
bukan melepaskan batuk ditangga.
berterusan 
dan .....mulakan kempen pada komuniti yang kecil dahulu 
iaitu keluarga.....
kELUARGa  BersIH  MDS CERIA. 










Saturday, 19 March 2011

mama

setiap kali tulis blog guna ganti diri aku
rasanya nak tukar kepada ganti diri mama 
kan lebih  baik .......
feel close dengan anak2 yang setia membaca blog  mama

now ...mama boleh upload image kat blog...
yes!.....semakin CANGGIH
mAMA PERLU BELAJAR LAGI OK!

Angkat


eMi  itula..... satu2nya angkat aku , hi...hi...comenye die....
Aku tak pernah ada ibu , bapa, adik atau  abang angkat
Aku.... memang tak pandai nak berangkat-angkat 
Si eMi ni...
 anak angkat....yang diserahkan  kpd ku  oleh si INTAN Kuala Lumpur. 
Lihatlah photo kat atas tu....
eMi pakai tudung oren .....cantik ..kan ? Bapanya si INTAN  berbaju batik oren !
Dia orang berdua ni memang smart tul ....tapi ngapa si INTAN serah kat aku...
Ooooo.....nak selami cara dan hidup di kampung ...baguih la...tu...
Hari ini terasa rindu pula kat eMI
....dah lama tak jumpa ,,,hampir 2 tahun.
Anak2nya  tu.... cucu2 angkat ku lah ye..
Bawa eMI ronda-ronda ....sedia makan untuk eMI...Emi memang baik dan tutur kata lembut.
Sayangnye hanya dua minggu eMI bersama kami...direntap kembali oleh si INTAN. 
 ...Kasih baru nak mula berputik
Sedih lah bila eMi nak berangkat pulang
Aku... kalau dah kasih pada seseorang susah nak lupa. 
rasa sepi...sunyi di buatnya...lama juga baru lah keadaan ok kembali.
Last sekali jumpa eMI ....dia sedang mengandungkan babynya yang kedua
.........dah tu tak jumpa lagi.
angkat....angkat.....


   

Wednesday, 16 March 2011

Melancong.

Melancung memang best...... Negeri kat M'sia ni semua dah aku pergi kecuali Sabah . Bilalah agaknya aku nak sampai kesana. Minta dimurahkan rezeki,sihat tubuh badan ...insyaallah sampailah kut.Melancong kat luar negara pun ada juga........ 
Masa zaman muda belia dan  kanak2  aku cuma pernah pergi melancong atau ikut rombongan orang kampung ....cuma  dua kali. sahaja.....
satu pergi ke Padang Besar ,ikut mak dengan  rombongan kaum ibu kampung....
dan satu lagi ke Penang ....ikut rombongan belia kampung.
Best gitu....naik bas Blue Ribbon..Waktu ke Padang Besar aku masih disekolah  rendah . Mak bangun awal pagi.....siap bekalan. Tak silap aku cucur spera.(sprt karipaf inti kelapa.) dan nasi berlauk tanpa kuah.......bungkus daun pisang. Berebut naik bas ,pilih tempat untuk dapatkan view yang baik.....kat sit depanlah kata mak aku.......hemmmm tak dapat lambat sikit. Aku budak kampung.... tak pernah jalan jauh..Excited naik bas, tentulah  pandang sekejap kekiri....kekanan....kebelakang kedepan . Ialah ....semuanya nak tenguk....jakun gitu......sambil2 kunyah kacang tanah yang mak goreng.....
Mak kata kalau nak muntah beri tau kat dia. Mak takut nanti muntah tersembur kat tempat duduk orang lain.
Waktu perjalanan balik  aku muntah . Mak tadahkan tin  kacang tanah yang aku makan tadi.....
Mak memang kretif ..muntah  .....uek2.......kulit kacang terapung diatas......
Kan ..kan....bila makan kacang kita buang kulitnya.
Tapi mak pesan  supaya jangan buang kulit kacang merata2 ...masuk semula dalam tin. Aku patuh perintahnya.  Muntah yang geli tu.......terlindung dibawah kulit2 kacang yang terapung.
Mak tutup tin dan akan buang apabila singgah dimana2.
Tak seperti naik kapal terbang ...ada kantung muntah gitu....
Cukuplag setakat ni ......nanti sambung lagi  bab ini.....insyaallah...    
  

Saturday, 12 March 2011

Nenek

It's school holiday now... so my two cheeky grandson and 5 months cute baby made me tired .When they just entred the house,both of them ,commanded their parent to take down all the toys and their books that i kept neatly on the rack . Oh...god.. they don't even feel tired of the long traveling.Abang ngah ,especialy ...he will cry and murmurs until he gets  the thing. .What a mess... they just left the toys and books every where on the floor.ADUH!....ADUH!!!!....apa ni, sakitnya. Alaaahai!..... terpijak mainan. Abang long and angah always like that.They will not tidy up unless i force them to do that.   . That means ,we as a parent need to keep on teaching and commanding them until they get use to it. Ok ....Cik Nur and dek Na......hope both of  you be a good parents .
 my cucu call me 'nenek'
Time goes so fast , my eldest grandson now age 6 , Faris Nizam the second  Fathi  Nizam 5
My  cute and chubby granddaughter Aiesyah Mohd. Ridzuan 1yr + and Siti Naila Nizam 5 months. 
Hallloooooo.......cucu2... semua,  all of you made me happy and  ha...ha...that shows  nenek getting 
old and older.......Masyaallah.... 





Thursday, 10 March 2011

Kerusi batu dan Ikan Mudik

Tadi pagi ke Kulim untuk dapatkan kerusi batu. Belik-belik dan pilih punya pilih berkenan pulak pada bench dari marble .....cantik gak lah... untuk diletakkan ditepi pagar dibawah pokok nangka kawin disisi dapur. Boleh rehat sambil membaca dan juga sebagai penambah aksoseri taman.Tempah satu untuk diletakkan disisi laman depan rumah. Minggu depan siaplah beritahu taukehnya.Tentu nampak berseri lagilah laman ku!
On the way balik, dekat sungai disempadan Perak Kedah , nampak dari jauh ramai orang sepanjang sungai dan juga atas jambatan.Hairan juga ...kut2 ada accident ke!Oh...rupa ada ikan mudik. Fenomena ikan mudik dah lama aku lupa dan tak pernah ku alami lagi , kut mungkin rumah ku sekarang jauh dari sungai . Ikan mudik ialah apabila ikan dari hilir atau dari kuala sungai naik kehulu sungai.Tak lah tahu sebab apa berlaku begini.Ini nak kena tanya ahli sains kut....Nampak tadi air sungai tu sedang naik...KUT2 ITULAH SEBABNYA. Bila melihat peristiwa ini tadi ,teringat pula sewaktu zaman kanak-kanak dahulu..Tebayang2 pulak lah....dikotak fikiran dan diruang mataku ini...... seronoknya....tak dapat nak dikatakan.Kalau ikan mudik heboh sekampung. Ikan mudik!.....ikan mudik!....laung orang kampung. Begitulah ye.....riuhnya ,yang sedang menanak nasi, yang sedang berehat dijemoran...sedang leka bermain dan yang sedang menanam padi dibendang semuanya berlari menuju ke sungai.Seperti satu pesta.Ramai orang kampung terjun ke sungai...ha..ha... Sememangnya aku rasa itulah pesta kurnian Allh untuk umatnya...dapat rezeki lebih pada hari itu.Pak capai bubu dan dan pukat untuk menahan ikan. Kami budak2 sauk ikan dengan kain batik yang kami pakai..SYOKNYAaaa....tonggek2, tunduk2 ... dapat ikan dan masukkan dalam baldi, dapat anak seluang dan ikan pucuk pisang. Ramai orang kampung berlumba-lumba tangkap ikan ,mereka guna bubu,pukat dan juga buluh runcing. .Orang dewasa dapat ikan yang besar2.Air sungai jernih, nampak ikan berduyun-duyun mudik kehulu.Cantik sungguh. Ada ikan yang terlompat2 ketepi sungai. Ikan mudik biasanya tidak lama . Mungkin dalam satu dua jam sahaja. Begitu cepat ikan2 menghala menuju ke ulu sungai. ......itulah kisah ikan mudik. Anak2 ikan yang diperolehi mak buat pais atau sayur ikan . Sedap dan manis. Sekarang peristiwa seperti ini ....sudah puluhan tahun aku tidak alami lagi mentalah anak-anak ku. HUK..HUK...MASYAALLAH

Friday, 4 March 2011

Benak

Tidak ada masa yang betul2 terluang untuk membuat coretan di disini.Everything nak buat.Sekarang barulah ada masa sedikit selepas melihat dan membaja pokok dilaman.Kalau dapat masukkan gambar2 flower yang sedang bloom tu kat sini kan bagus......
Ke ibu negara pada Ahad yang lepas. Hari tu... awal pagi lagi bangun untuk mneyediakan sedikit sandwish for breakfast.Kebetulan anak yang keempat tu pun akan ketempat kerja . Itulah aku terpaksa bangun awal pagi .Seawal 6.30 pagi anakku Acik Ani mula bertugas .Gitulah rutin aku kalau dia balik untuk berehat dirumah.Pukul 5.30 pagi,selalunya bapa dia hantar ketempat kerja yang mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai.Untuk biarkan dia drive sendiri aku dan suami risau sebab jalan tu sunyi sedikit dan kekadang ada babi hutan cross jalan. Acik ani pula baru lulus lesen P. Babi2 ni tak pandai nak tengok kiri dan kanan......main rodong aje. Dulu jalan ni lagilah sunyi, sekarang dah ok sikit.....Orang kata kat jalan ini selalu ada jumpa sesuatu ....hantulah tu!Betul ke?Sekarang jalan yang bengkang bengkok tu sudah diluruskan , Kawasan Hutan Simpan telah diguna oleh kerajaan Negeri untuk projek ternakan kambing boer. Kawasan ladang ternakan luas .So now tak rasa takut lagi kalau menggunakan jalan ini lewat malam.Kalau dapat paparkan gambar hutan simpan tu kan bagus.....tapi apakan daya.
Acik ani pun dah dapat kereta. Honda City baru ,dapat petang Sabtu ari tu....jadi bapa dialah rasmi dulu. Ke KL hari tu guna kereta barulah......aku pun tumpang drive jugaklah.Acik Ani tak ikut. Drop saja dia kat hospital....Kerja doktor .... masa agak terhad.....meloponglah Si ani tengok bapa dia guna kereta...bye..Dapat tunjuk gambar Honda City kat blok nni kan bagus......
Rasa dah boring tulis tanpa diselitkan gambar2. Rupanya aku ketinggalan .......Aku perlu tambah satu lagi ilmu untuk dimuatkan image dalam blog ni....manariklah sikit. Nampaknya lambatlah lagi ....terpaksa tunggu Si pinch me bercuti .......hai2....boring2......dulu baby dah tunjuk cara nak muatkan gambar keblog....tapi benak lah....