Friday, 4 February 2011

Aku anak orang kampung.

    Sekarang......bila dah berumur tak ada jatuh-jatuh lagi....... Lebih berhati mengatur langkah . ....kut terjatuh atau terpelecok nahas dibuatnya. Tulang orang lama ni , rapuh....osteoporosis. Kalau dah sakit ....susah. .Anak-anak, dah jauh dari  mata ,masing-masing dengan tugas......mereka ada suami  ...ada anak-anak yang perlu dijaga.Cuti tahun Baru Cina ni ...anak-anak tak balik ....'baby'yang dah jadi anak dara tu saja ada kat rumah itupun cuti semesternya. .Sisulong yang dah nak jadi orang tua tu dengan dunianya saja .Pagi petang siang malam dipremis perniagaannya.  Bila aku duduk sesaja dapat idea yang nak dituliskan ini ,buat tatapan anak-anak yang disayangi atau sesiapa sahaja.
      Sejak dari dulu.....waktu zaman budak-budak(kanak-kanak) lagi memang aku ni kaki makan. Makan apasaja yang dimasak oleh mak. ......emm.......sedap. Orang dulu-dulu makanan yang disediakan tidaklah seperti orang sekarang. Orang sekarang masak guna dapur gas atau elektrik stove terkini induction cooker dan ada macam-macam  cooker yang diinovetkan(innovation). Suri-suri sekarang duduk didapur nampak cantik dan kemas ...tidaklah seperti orang dulu-dulu....nampak comot. Terpalit arang kat muka..abu memutih atas kepala...bau asap api.... Berpeluh meleleh-leleh. Hidupkan api guna getah sekerap.Bila api dah menyala barulah boleh mula memasak. Bila api padam tiup lagi dengan corong buluh. .....abu berterbangan. Mana-mana suri yang ada penyakit lelah tu, penatnya tercungap-cungap......kesian ye! Makanan tetap sedap dan menyelerakan.Mak selalu sediakankan makanan yang enak-enak. Lauk ikan bendang dan sungai seperti keli,puyu. sepat,haruan,baung,keco(siput sedut) gondang ,lampam, ikan laut masin pun ada juga. Masaknya simple saja ,direbus ,masukkan asam keping  ,masak lemak.,dibakar emmmm...sedap. Sesekali mak jamu lauk ayam .Hebohlah sekampung aku canang mak masak ayam.Kebanyakkan bahan makanan didapati  disekeliling kita dan 'fresh-fresh belaka.Waktu sarapan mak sediakan lempeng pisang ,cucur kodok.,roti malas(tepung yang dibancuh dengan kelapa yang agak muda kemudian ditempek dibelanga tanpa minyak dimakan bersama gula atau kuah.Sukalah aku dengan roti yang ini), nasi lemak pun ada, pulut nyiur tabur - tanak pulut kemudian tabur kelapa - makan dengan ikan pekasam. Mentua lalu tak nampak. Mak buat juga nasi goreng ,dicampur dengan kelapa yang dikukur. Zaman dulu-dulu tak adalah cucur udang .Seingat aku mak buat cucur campur kelapa , potong cili itu saja.Ulaman biasalah dulu-dulu.Makan ulam sejak dari kanak-kanak lagi,umbut tepus, daun capa,sekentut,salang ,setang dan macam lagi . Hebat betul makanan orang dulu-dulu. Tidak tercemar dek racun serangga.
    Bila ayam berkokok bertalu-talu ,aku menggeliat dalam selimut kain setong (kain seperti kain batik sarung tapi ial ebih labuh dari kain sarung)bangun lah aku dalam kesejukkan  ......itu sajalah alarm yang ada untuk gerakkan kita.  Dulu ayam berkokok cuma waktu  suboh saja. Kalau ayam berkokok waktu siang membawa petanda yang tidak  baik. Tapi ayam sekarang dah educated.Berkokok tidak kira waktu.    Bangun pagi terusl kesungai untuk mandi.Nanti nak kesekolah.Telaga pun ada , tapi malas nak ceduk . Amboi mak oi.....!!  sejuuuuuuuknya....... menggedik! . Airnya jernih dan bersih .Nampak hingga kedasarnya walaupun hari masih kelam.  Nampak anak-anak ikan ,  labi-labi atau pun kura-kura.   Bila nak mandi ,terus terjun kedalam sungai tak perlu guna cebuk atau "shower'. Selam-selam.....gosok-gosok... guna sabun cap buruh... kekadang saja guna sabun wangi.Syampunya pula ....taklah seperti sekarang .....mak cuma sediakan sintuk. Buihnya seperti syampulah.......aku rasa lagi baik guna sintuk dari syampu. Macam macam  jenama  syampu sekarang dipasaran. Aku mula mengenali syampu yang dijual dipasaran ....bila naik ke tingkatan empat. Syampu ini diberi oleh kakak ku yang kedua. Entah dari mana dia dapat syampu tu. Dia kata 'ambillah minyak rambut ni . ' Emm... aku pun ambillah dan sapu pada rambut. Wangi sungguh..... sedap baunya.Bila  balik dari sekolah terus mandi......bila kena air berbuihlah.. Hairan bin ajaib ,minyak rambut yang dibeli ni berbuih ye! maklum sajalah mak cuma pakaikan aku minyak kelapa untuk rambut ku dikepala. Rambut ku hitam berkilat dan cantik. Baunya ....tak jadi masalah . Kawan aku pun sama seperti aku. Muka berminyak dek lelehan minyak kelapa. Naik kesekolah menengah jarang aku pakai minyak kelapa. Minyak dipakai pada hari minggu sahaja. Malu dengan kawan -kawan.yang berketurunan dari pekan !. Kekadang mak lumurkan santan kelapa yang diperap semalam dikepala, katanya untuk lebatkan rambut, rambut hitam dan sejukkan kepala. Sakit kepala mungkin dapat dihindarkan. Gosok gigi tak pernah lupa.......Gigi ku putih bersih. Ubat gigi istimewa sungguh. Mak sediakan arang dicampur sedikit garam yang siap ditumbuk.Arang dari puntung kayu didapur. Letakkan arang dijari dan sentallah kuat-kuat. Kumur-kumur dan gigi pun bersih , putih berseri.Sehingga sekarang aku belum menggunakan 'false teeth' lagi.
     Pakaiaan pula  tidaklah seperti sekarang. Mak pakaikan aku kain batik  (saiz untk kanak),sket yang labuh atau gaun yang dijahit oleh mak. Suatu  hari hendak dijadikan cerita, kain aku terlondeh depan cikgu. Dulu waktu aku darjah satu tidak ada pakaian seragam seperti sekarang  . Pakaian untuk kesekolah bebas ,dengan syarat,  warna baju putih dan kain hijau atau biru . Nak pakai baju kurung ka.., blaus ka....seluar pendik.ka ...panjang ka... tak apa.... !    Mak buatkan sket labuh sapasang dan sepasang lagi baju kurung dengan kain sarung.  Hari tu aku pakai baju dengan kain sarung.Waktu pendidikan jasmani ,kain aku terlondeh depan kawan-kawan lelaki dan perempuan. Malu aku bukan kepalang. Balik kerumah aku menangis. Mak hairan ! Kain terlondeh mak  oi !, tak pakai sket dalam pulak tu!!!!.Pakaian seragam mula diperkenalkan apabila aku mencececah naik kedarjah enam. Kalaulah pakaian saragam tidak diselaraskan dizaman la ni.....tak taulah macamana rupanya ye!Huruhara...!
       Dulu dan sekarang amat jauh bezanya, macam langit dengan bumi !semua ada  ye.....tapi tidak ada lagi air sejernih dahulu....fauna tidak lagi bebas dihutan,Rindu pada unggas berbunyi dan menyanyi jarang kedengaran ,katak tidak lagi riuh memanggil hujan.

Friday, 28 January 2011

Jatuh

  Jatuh yang hendak diceritakan ini hanyalah satu 'preview ' silam. Kisah jatuh ini memang tidak boleh hendak lupakan ,sudah.terpahat dalam ingatan .Terutama bila dah bersara.  Tidak ada apa aktiviti yang hendak dibuat kekadang fikiran melayang kebelakang .
 Ini cerita orang orang tua ku. Aku tidak tahu apa-apa tentang jatuh yang ini. Aku masih kanak-kanak .Baru boleh merangkak. Tahu sajalah, bila kanak-kanak merangkak semua tempat diredahnya . Semua tempat adalah lebuh raya bagi mereka. Mengutip itu dan ini dan semuanya disumbat kemulut. Tapi... tidak semua kanak-kanakbegitu .Kanak-kanak jenis apalah aku ini ? Hendak dijadikan cerita ,aku terjatuh melalui tingkap rumah yang masih dalam  dalam pembinaan. 'Gedebuk .....seperti buah nangka jatuh' kata mak aku.Kalau nak tahu tingginya aku jatuh ,dipersilakan ke rumah peninggalan orang tua ku di kampng . Memang Allah pelihara , Malaikat sambut. tidak ada luka dan patah riuk. Syukur. Mak kata dia jirus air pada aku ,takut aku pengsan . Bukan nya diangkat aku  tapi berlari megambil setimba air untuk ku. Nasib tidak lemas jirusan air .Begitulah agaknya orang dulu memberi bantuan kecemasan !Mak risau ...kut aku cacat bila besar nanti. Alhamdulillah .Aku membesar dengan baik tidak terencat akal dan fizikal .
   Jatuh yang kedua , ialah jatuh cinta. .......yang ini sakit. Tidak perlu ceritalah.....Pada tahun 1978 aku jatuh lagi.....sruuuuuup...... bub Jatuh dekat 'gon ' orang kedah kata.Aku terjatuh dekat jalan kampung yang berbukit  ditepi jalan besar untuk kerumah orang tua ku. Mas tu jalan kampung tidak bertar.  Maklumlah musim hujan .....licin . Itu berhati-hati  tu..Aku meraba-raba dan mengusap seluruh badan ku . ...ok je . Mak dan pak ,mengucap panjang . Kebetulan pakcik aku pun ada bersama berjalan keluar,Dia  tanya (Pakcik Yop)....tak sakit ke ? ok je! aku jawab . Semua menggeleng kepala.
Ada seseorang tu tergamam terus...bila melihat aku terjatuh. Pucat juga muka dia Aku tak rasa sakit...cuma risau sahajaAkhirnya aku selamat lagi.Malaikat sambut kut.
  Aku jatuh lagi pada tahun 1979 . Berbeza setahun lebih kurang .....rapat betul. Jatuh yang ini dihadapan bilik guru SMK Dato'Hj Hussain Selama Pk. Leka berjalan sambil bersembang dengan cikgu Bibah. Sembang punya sembang , tak sedar kaki tersilap langkah . Jatuh terduduk dilongkang . Terkejut beruk dibuatnya. Cikgu Bibah terlopong  seketika.' eh! eh! Bolian , Sakit ke ? sambil mengusap dan membantu aku bangun. Nasib, tak ada cikgu dan murid yang nampak . Malu lah aku. Beria-ria cikgu Bibah mengulang pertanyaannya. Tapi aku kata tak sakit lah. Malaikat Sambut LAGI! Tapi aku tetap risau. ........
  Akhir penggal  persekolahan 1981 , aku jatuh lagi. Apalah nasib aku ni. Kali ini malu sikitlah sebab terjatuh dihadapan guru lelaki. Cikgu Aziz Saod. Sama seperti peristiwa ditahun 1979.Cuma bezanya tersilap langkah bukan berbual. Tepi longkang Makmal SainS SMKDHH. Terkejut dan melopong mulut dia. Cepat-cepat aku bangun. Tak rasa apa-apa pun. Alhamdulillah . Malaikat memang baik dengan aku.Risau seperti biasalah..
   Tahun 1985 , kisah jatuh ini lain sikit .. Dilabour room Hospital Ipoh aku sakit untuk melahirkan. Aku ,kalau sakit bersalin jaranglah mengerang kesakitan sambil berbaring. Aku akan berjalan perlahan pusing katil untuk meredakan sakit. Anak dah tiga masa tu , tapi tak dapat nak bezakan camna .... baby nak keluar.Aku rasa macam sesuatu dah keluar. cepat-cepat aku naik katil. Boleh naik katil lagi..... Menjerit aku dibuatnya baby ku dah nak keluar  Aku memjerit sekuat hati ...bukan sakit bersalin ...tapi memanggil nurse dan doktor. Berlari -lari nurse mendapatkan aku. Baby sudah berada dibibir katil....Hampir jatuh. Nurse cepat memegang baby. Astghfirullahhal'azim .......istighfar nurse tu. Doktor tak sempat menyambut baby ku. Malaikat memang baik dengan ku ....tak tau apa nak jadi jika nurse tu lambat bertindak. Peristiwa ini menjadi bualan diwad bersalin hari tu. Doktor yang merawat aku pun menggeleng kepala dan ketawa .
   1992 aku jatuh terjelepuk tersepak sesuatu dirumah . Jatuh yang ini sakit betul. Kaki ku terseliuh bengkak . Tak dapat berjalan . Terpaksa bercuti selama seminggu.  Risau tetap ada. Malaikat masih sayang pada ku
    Selepas itu aku tak jatuh lagi .Maklum aku pun dah tak mengandung lagi Aku dah bersara...... Semua peristiwa itu berlaku sewaktu aku sedang sarat mengandung. Bila mengandung suami ku akan cemas lagi Takut aku jatuh lagi.....Itulah kenangan aku ....... mengandung dan jatuh.
 Kerana jatuh itulah agaknya sekarang ini aku mengalami sakit dibahagian belakang. Aku tetap bersyukur kerana semua anak-anak yang ku kandung selamat dilahirkan dan tiada yang cacat. Syukur pada mu YaAllah
Itulah kerisauan ku selepas setiap aku kali jatuh.Malaikat sayang aku. Rahmat Tuhan .
   Anak-anak ku berjaya menjadi insan yang berjaya .....bagi pandangan ku...Yang sulong lulusan dari University Malaya .Menjalankan perniagaan sendiri. Yang kedua lulusan USM. Menjadi seorang pendidik. Yng ketiga lulusan UKM menjawat jawatan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik(PTD) Yng ke empat seorang Doktor Perubatan dari Universitas Sumatera Utara. Dan yang terakhir masih belajar diUNIS  EL .

Thursday, 20 January 2011

Sekenit dan Bonzai


5.25 pagi 'Phone alarm' berdering menandakan waktu suboh sudah hampir. Perlu bangun untuk menunaikan kewajipan terhadapNya.Tetapi, pagi ini terasa lain dari biasa . Sakit pada bahu dan dibawah ketiak .Berdegup jantung ,Ya Allah.... apa pula sakitnya ini! Ada bengkak diatas bahu seperti benda melekat yang amat kuat. Aduh sakitnya bila ditarik.Kutu Babi(sekenit)rupanya. Agaknya sewaktu membersih semak dibelakang rumah petang semalam benda ini hinggap dibadan. Babi memang ada dikawasan belakang rumah,maklumlah tanah disebelah seperti tiada bertuan....dibiarkan semak ,kalau bercucuk tanam dapat juga hasilnya.Binatang sekenit ini memang bahaya kalau masuk kedalam telinga.Boleh beranak pinak.Cara hendak keluarkannya ialah dengan memerah masuk air tembakau ,pasti sisekenit kutu babi tu.... mati. Cepat bersiap ke masjid bersama suami untuk solat suboh berjamaah.
     Seperti biasa selepas solat, ronda Kampung Guru untuk 'exercise'sambil tinjau-tinjau bunga2an dilaman jiran.Ada juga laman yang kosong dan nampak lesu ,ada yang subur dengan sayuran,ada semak dilaman ...cantiklah tu.Ada bunga dalam pasu tapi tidak dijaga.Seksa pokok tu,tidak diberi makan.... baja.......
       7.30 pagi buka pintu pondok laman belakang untuk sedia sarapan pagi .Goreng mee... ..Buka tingkap pondok luas-luas supaya udara pagi yang segar menerjah masuk sambil mendengar siaran Radio Kedah ke udara.Inilah'WET KITCHEN'ku.Sewaktu bertugas dahulu tak dapat buat semua ini.Bahagianya......nikmat yang ALLAH kurniakan.Makan sarapan bersama suami dipondok 'GAZEBO'disebelah kitchen pondok.
      Selepas sarapan ke halaman depan untuk merumpai dan membaja bungaan sambil melihat anak-anak ikan. Seronoklah membaja dan mengubah pasu untuk diletakkan ditempat yang lebih sesuai.Bonzai pun ada juga ,cantik..... ada yang digubah oleh suami ada yang di beli. Suami nampaknya dah minat benar dengan bonzai ini. Tiap-tiap hari membelek pokok pokok bonzai kesayangannya. Memeliha bonzai kena sabar . Silap hari bulan bonzai tak menjadi. Tidak boleh terlalu lembab,nanti reput akarnya. Hari ini kami menyusun bonzai di tepi-tepi pagar berhampiran gate masuk.Cantik dan kemas nampaknya. Boguinvila yang dibeli dari Soon Nursery Bagan Serai.Empat pokok semuanya ,harganya Rm1,350.00,Bonzai Lantana Camara Rm 80.00,Bonzai Sineti Rm 250.00,kerana minat tidak kisahlah berapa harganya.Bukan kerana nak menunjuk-menunjuk .Rumah nampak ceria...hati gembira...semuanya ini menyebabkan kita 'look young'

Monday, 17 January 2011

Umrah dan Cucu

Sudah lama tidak menulis diari ini. Tahun 2010 bulan July 31hb. berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan Umrah. Tertunai akhirnya hajat dihati untuk ke sana buat kali yang ketiga.SYUKUR TERAMAT SANGAT PADA ALLAH.Ya Allah.....kurniakan rezeki pada ku agar dapat lagi aku menjejak kaki kerumah Mu Ya Allah.....Sepanjang di tanah suci kami suami isteri dikurniakan ketenangan dan kesihatan yang baik.Sentiasa berdoa pada Allah agar dapat lagi ke sana bersama anak-anak menantu yang tersayang.Dua minggu berada ditanah suci,dapat pengalaman berpuasa disana dan berangkat pulang pada Ogos 17hb.sebelum menyambut hari lebaran.

Berpuasa di Makkah memang menakjubkan, waktu berbuka hanya dengan 2 atau 3 ulas kurma yang di sediakan di Masjidil Harram dan meneguk air Zamzam .Badan terasa segar dan terus mendirikan sebahyang Maghrib.Selepas Terawih balik ke hotel barulah menjamah makanan yang disediakan.





Menyambut lebaran bersama anak menantu dan cucu-cucu.Bahagianya.... nikmat Tuhan yang perlu disyukuri.Seminggu sebelum lebaran menerima kelahiran cucu yang keempat.Melayan keletah cucu yang berbagai ragam dan menjaga anak berpantang. Penat juga , begitulah agaknya arwah emak melayan cucu dan anak berpantang.Terasa insaf ....ampun mak...diatas segala kesalahanku.Moga tuhan mengampunkan dosa ku.

Mengasuh cucu tidak sama menjaga anak. Sewaktu menjga anak-anak dahulu badan masih segar bugar.Sekarang lain, umur sudah meningkat.Segala tindakan yang diambil lambat ......cucu nak terjatuh atau pegang benda tajam tergamam sebelum tindakan.Cucu pun jatuh....menangis.....nenek jadi risau.....Harap anak-anak mama jangan risau ,mama sayang cucu macam anak mama malah lebih lagi kut.....menjaganya seperti MENATANG MINYAK YANG PENUH.



Hari berlalu begitu pantas . Rutin seperti biasa,mengemas rumah,membelek bunga2an dilaman depan dan laman belakang rumah. Cantik dan segar. Rumah ku dalam taman.Suami amat rajin melayan minat ku.Sama-sama menjaga laman agar sentiasa kemas dan bersih. Hajat dihati kalau boleh, lorong masuk kerumah pun mesti bersih dan cantik agar pengunjung/tetamu ke kmpung Guru terpegun. Tapi sayang sekali lorong kerumah kami tidak kelihatan menarik .. ....penuh dengan pokok yang ditanam tapi tidak dijaga dengan kemas.Setiap minggu Ke Penang dan Taiping atas urusan perniagaan. Sabtu dan Ahad ke kelas tajwid dan agama.

Friday, 16 July 2010

kemas stor laman belakang

Kemasjid untuk solat suboh bersama suami tersayang. Bahagianya ....dan sememangnya kami bahagia . Usia perkahwinan kami sudah menjangkau 33 tahun! Lepas solat dia menghantar aku balik kerumah kemudian terus pergi semula untuk kegerai .....minum-minum kopi bersama kawan2 . Itulah rutinnya setiap pagi.
Aku pula keliling laman untuk senaman pagi. menghirup udara pagi. Melentok badan kekanan dan kekiri. Hayun kaki perlahan2 kut2 sakit berkurangan. Bila dah berpeluh .....berhenti dan ambil sedikit sarapan. Lepas tu membelik bunga2an dilaman ....cantiknya!! ! Bersantai pula dipondok kayu . Huuuuh TAK TAHU NAK KATA APA......tengok rumput menghijau ........bersih ......sukanya....nikmat tuhan kurniakan pada hambanya.
Buka stor untuk ambil baja. ....tapi tak jadilah , LEBIH BAIK MENGEMAS STOR. Buang barang lama seperti tin2 kosong yang tidak di gunakan. Buat apa simpan , dah berkarat pun. Tin biskut Jacobs. chocolate dsbnya. Masa mula beli memanglah cantik ,simpan ...kononnya nak isi kuih raya. Tapi tak guna pun..... buat menyemak je. Kain baju lama pun buang jugalah...banyak juga dah yang diberi pada orang kurang mampu yang tinggal ni dah teruk sangat atau pun yang dah out of fashion..he...he...
Lap rak yang berhabuk. Huuuh... bersin bertubi2 Entah berapa tahun dah tidak dicuci. Tidak ada masa nak buat semua tu dulu..........Berjam-jam lah duduk dalam stor tu. Berpeluh melelih. Tapi puas ......stor dah kemas,pasang linolium biru . Haaa....cantik. Boleh tidur disitu!.
" Amboi cantik nya ! syoklah camni. Kk Yan buat ka semua ni!" kata Zali PAP Pejabat sekolah yang tiba2 datang untuk urusan pejabat yang belum selesai.

Thursday, 15 July 2010

Laman Belakang





Tiap hari selepas solat subuh mesti kelaman belakang rumah untuk bersantai sambil minum pagi. Itu lah lokasi kesukaan saya dan SUAMI TERCINTA. Ehm....tak jemu pulak tu... Seronok bila laman yang sekian lama dijaga sudahpun menampakkan gayanya , pokok yang ditanam sudah pun membesar , menghasilkan bunga yang wangi. Bunga melur,kenanga , sedap malam dan TYT sentiasa mengeluarkan bunganya. Hmmm...harum semerbak . Sungguhh hebat pada pandangan aku dan suamilah.... Sayang..... tak siapa yang nampak ,maklumlah dibelakang rumah . Tapi tak mengapa....Asalkan kami berdua bahagia, cukuplah....mengisi masa lapang dan meniti hari2 tua kan? Inilah 'secret Garden ' kami.
Suami dan saya sama-sama berminat dan sentiasa berkongsi idea dan bekerjasama untuk menyediakan laman ini Idea lain juga kami gunakan dengan melihat majalah dalam dan luar negara atau meninjau sendiri ke kawasan taman -taman perumahan . Ceduk idea atau ubahsuai.
Di laman belakang ini ada 3 buah pondok. Pondok pertama sudah lama dibina .Asal nya dibina dari konkrit untuk dijadikan stor tapi sejak enam tahun yang lepas ia dibuat pengubahsuaian dengan menyambung kiri dan kanannya dengan menggunakan kayu dari rumah pusaka orang tua suami dan kami jadikan sebahagian sebagai dapur kedua. Saya sebut dapur ini sebagai ' a very wet kitchen 'Setiap hari saya menggunakan dapur ini . Seronok memasak disini "open' dan dekat dengan alam. Kadang-kadang terus makan bersama suami disini. Bila anak-anak semua balik bercuti kami gunakan pondok yang kedua untuk makan sekeluarga. Pondok ini lantainya konkrit dan dipasang dengan tail ,besi kerawang dan bertiang kayu. Pondok yang ketiga hampir sama dengan yang kedua tetapi seratus peratus bahannya kayu dan nampak lebih antik.
Kemana sahaja saya dan suami keluar bercuti atau ke rumah anak -anak , hati dan ingatan tetap pada laman dibelakang rumah.

Tuesday, 13 July 2010

Kaki Sakit

Bangun Seawal pagi:

4.24 pagi ...jam gerak berdering, sengaja kunci jam 4.24 ....ada masa untuk menggeliat seketika huuuh ....aaah! ....pelan2 turunkan kaki dari katil . Kaki ini sakit sekarang , memang beginilah setiap pagi ....aduh sakit bukan kepalang.
Pijak kelantai macam dicucuk seksa lah macam ni . Ya Allah tolonglah sembuhlah sikit kaki ku ini. Makan ubat ? Dah macam2ubat telan ...dah gosok...dah jampi jugaklah... jampi sendirilah . Baca buku doa ...beri keyakinan ,minta pada ALLAH kut2 nak lega.. .. ....bolehlah bertahan sikit. Berjalan sudah tentu kurang selesa. Ini mungkin akibat suka pakai kasut tumit tinggi sewaktu bekerja dulu. Pkai kasut takada tumit ,berjalan rasanya tak bergaya.!

Solat subuh dimasjid..... kaki sakit ...bila bangun dari rukuk' .....adoh mak rasa macam nak putusurat kaki. Duduk antara dua sujud lagi lah sakit Ya Allah sembuhlah sakit kaki ku ini agar aku dapat mengerja amal solat ku . Bila dah masuk usia emas ni nak buat ibadatlah lebih sikit kononnya....tapi tengoklah apa dah jadi kaki ni..... sakit. Semua kerja terganggu ....sikitlah .....Itu lah masa muda dulu leka ...sekarang baru tahu ...dah tua baru nak buat yang sunat.Hai...hai.....rugi...rugi...!