Thursday, 15 July 2010
Laman Belakang
Tiap hari selepas solat subuh mesti kelaman belakang rumah untuk bersantai sambil minum pagi. Itu lah lokasi kesukaan saya dan SUAMI TERCINTA. Ehm....tak jemu pulak tu... Seronok bila laman yang sekian lama dijaga sudahpun menampakkan gayanya , pokok yang ditanam sudah pun membesar , menghasilkan bunga yang wangi. Bunga melur,kenanga , sedap malam dan TYT sentiasa mengeluarkan bunganya. Hmmm...harum semerbak . Sungguhh hebat pada pandangan aku dan suamilah.... Sayang..... tak siapa yang nampak ,maklumlah dibelakang rumah . Tapi tak mengapa....Asalkan kami berdua bahagia, cukuplah....mengisi masa lapang dan meniti hari2 tua kan? Inilah 'secret Garden ' kami.
Suami dan saya sama-sama berminat dan sentiasa berkongsi idea dan bekerjasama untuk menyediakan laman ini Idea lain juga kami gunakan dengan melihat majalah dalam dan luar negara atau meninjau sendiri ke kawasan taman -taman perumahan . Ceduk idea atau ubahsuai.
Di laman belakang ini ada 3 buah pondok. Pondok pertama sudah lama dibina .Asal nya dibina dari konkrit untuk dijadikan stor tapi sejak enam tahun yang lepas ia dibuat pengubahsuaian dengan menyambung kiri dan kanannya dengan menggunakan kayu dari rumah pusaka orang tua suami dan kami jadikan sebahagian sebagai dapur kedua. Saya sebut dapur ini sebagai ' a very wet kitchen 'Setiap hari saya menggunakan dapur ini . Seronok memasak disini "open' dan dekat dengan alam. Kadang-kadang terus makan bersama suami disini. Bila anak-anak semua balik bercuti kami gunakan pondok yang kedua untuk makan sekeluarga. Pondok ini lantainya konkrit dan dipasang dengan tail ,besi kerawang dan bertiang kayu. Pondok yang ketiga hampir sama dengan yang kedua tetapi seratus peratus bahannya kayu dan nampak lebih antik.
Kemana sahaja saya dan suami keluar bercuti atau ke rumah anak -anak , hati dan ingatan tetap pada laman dibelakang rumah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment