Friday, 28 January 2011

Jatuh

  Jatuh yang hendak diceritakan ini hanyalah satu 'preview ' silam. Kisah jatuh ini memang tidak boleh hendak lupakan ,sudah.terpahat dalam ingatan .Terutama bila dah bersara.  Tidak ada apa aktiviti yang hendak dibuat kekadang fikiran melayang kebelakang .
 Ini cerita orang orang tua ku. Aku tidak tahu apa-apa tentang jatuh yang ini. Aku masih kanak-kanak .Baru boleh merangkak. Tahu sajalah, bila kanak-kanak merangkak semua tempat diredahnya . Semua tempat adalah lebuh raya bagi mereka. Mengutip itu dan ini dan semuanya disumbat kemulut. Tapi... tidak semua kanak-kanakbegitu .Kanak-kanak jenis apalah aku ini ? Hendak dijadikan cerita ,aku terjatuh melalui tingkap rumah yang masih dalam  dalam pembinaan. 'Gedebuk .....seperti buah nangka jatuh' kata mak aku.Kalau nak tahu tingginya aku jatuh ,dipersilakan ke rumah peninggalan orang tua ku di kampng . Memang Allah pelihara , Malaikat sambut. tidak ada luka dan patah riuk. Syukur. Mak kata dia jirus air pada aku ,takut aku pengsan . Bukan nya diangkat aku  tapi berlari megambil setimba air untuk ku. Nasib tidak lemas jirusan air .Begitulah agaknya orang dulu memberi bantuan kecemasan !Mak risau ...kut aku cacat bila besar nanti. Alhamdulillah .Aku membesar dengan baik tidak terencat akal dan fizikal .
   Jatuh yang kedua , ialah jatuh cinta. .......yang ini sakit. Tidak perlu ceritalah.....Pada tahun 1978 aku jatuh lagi.....sruuuuuup...... bub Jatuh dekat 'gon ' orang kedah kata.Aku terjatuh dekat jalan kampung yang berbukit  ditepi jalan besar untuk kerumah orang tua ku. Mas tu jalan kampung tidak bertar.  Maklumlah musim hujan .....licin . Itu berhati-hati  tu..Aku meraba-raba dan mengusap seluruh badan ku . ...ok je . Mak dan pak ,mengucap panjang . Kebetulan pakcik aku pun ada bersama berjalan keluar,Dia  tanya (Pakcik Yop)....tak sakit ke ? ok je! aku jawab . Semua menggeleng kepala.
Ada seseorang tu tergamam terus...bila melihat aku terjatuh. Pucat juga muka dia Aku tak rasa sakit...cuma risau sahajaAkhirnya aku selamat lagi.Malaikat sambut kut.
  Aku jatuh lagi pada tahun 1979 . Berbeza setahun lebih kurang .....rapat betul. Jatuh yang ini dihadapan bilik guru SMK Dato'Hj Hussain Selama Pk. Leka berjalan sambil bersembang dengan cikgu Bibah. Sembang punya sembang , tak sedar kaki tersilap langkah . Jatuh terduduk dilongkang . Terkejut beruk dibuatnya. Cikgu Bibah terlopong  seketika.' eh! eh! Bolian , Sakit ke ? sambil mengusap dan membantu aku bangun. Nasib, tak ada cikgu dan murid yang nampak . Malu lah aku. Beria-ria cikgu Bibah mengulang pertanyaannya. Tapi aku kata tak sakit lah. Malaikat Sambut LAGI! Tapi aku tetap risau. ........
  Akhir penggal  persekolahan 1981 , aku jatuh lagi. Apalah nasib aku ni. Kali ini malu sikitlah sebab terjatuh dihadapan guru lelaki. Cikgu Aziz Saod. Sama seperti peristiwa ditahun 1979.Cuma bezanya tersilap langkah bukan berbual. Tepi longkang Makmal SainS SMKDHH. Terkejut dan melopong mulut dia. Cepat-cepat aku bangun. Tak rasa apa-apa pun. Alhamdulillah . Malaikat memang baik dengan aku.Risau seperti biasalah..
   Tahun 1985 , kisah jatuh ini lain sikit .. Dilabour room Hospital Ipoh aku sakit untuk melahirkan. Aku ,kalau sakit bersalin jaranglah mengerang kesakitan sambil berbaring. Aku akan berjalan perlahan pusing katil untuk meredakan sakit. Anak dah tiga masa tu , tapi tak dapat nak bezakan camna .... baby nak keluar.Aku rasa macam sesuatu dah keluar. cepat-cepat aku naik katil. Boleh naik katil lagi..... Menjerit aku dibuatnya baby ku dah nak keluar  Aku memjerit sekuat hati ...bukan sakit bersalin ...tapi memanggil nurse dan doktor. Berlari -lari nurse mendapatkan aku. Baby sudah berada dibibir katil....Hampir jatuh. Nurse cepat memegang baby. Astghfirullahhal'azim .......istighfar nurse tu. Doktor tak sempat menyambut baby ku. Malaikat memang baik dengan ku ....tak tau apa nak jadi jika nurse tu lambat bertindak. Peristiwa ini menjadi bualan diwad bersalin hari tu. Doktor yang merawat aku pun menggeleng kepala dan ketawa .
   1992 aku jatuh terjelepuk tersepak sesuatu dirumah . Jatuh yang ini sakit betul. Kaki ku terseliuh bengkak . Tak dapat berjalan . Terpaksa bercuti selama seminggu.  Risau tetap ada. Malaikat masih sayang pada ku
    Selepas itu aku tak jatuh lagi .Maklum aku pun dah tak mengandung lagi Aku dah bersara...... Semua peristiwa itu berlaku sewaktu aku sedang sarat mengandung. Bila mengandung suami ku akan cemas lagi Takut aku jatuh lagi.....Itulah kenangan aku ....... mengandung dan jatuh.
 Kerana jatuh itulah agaknya sekarang ini aku mengalami sakit dibahagian belakang. Aku tetap bersyukur kerana semua anak-anak yang ku kandung selamat dilahirkan dan tiada yang cacat. Syukur pada mu YaAllah
Itulah kerisauan ku selepas setiap aku kali jatuh.Malaikat sayang aku. Rahmat Tuhan .
   Anak-anak ku berjaya menjadi insan yang berjaya .....bagi pandangan ku...Yang sulong lulusan dari University Malaya .Menjalankan perniagaan sendiri. Yang kedua lulusan USM. Menjadi seorang pendidik. Yng ketiga lulusan UKM menjawat jawatan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik(PTD) Yng ke empat seorang Doktor Perubatan dari Universitas Sumatera Utara. Dan yang terakhir masih belajar diUNIS  EL .

No comments:

Post a Comment