Alfatihah untuk Pak Cheng.......orang tua yang pernah mama ceritakan dalam blog mama terdahulu telah pun meninggal dunia pada jam 4 petang semalam . Dikebumikan pada sebelah malamnya selepas solat Isyak.Moga rohnya dicucuri seribu rahmat Allah. Allahyarham semasa hayatnya mengajar Quran untuk anak kampong. Sakit demam dan pening selalulah orang karmpung minta khidmatnya.Buat air penawar untuk redakan sakit menggunakan ayat suci ALQURAN.Sejak dari mama masih budak lagi dah kenal Pak Cheng .........sehimggalah mama sudah masuk usia emas . Pk Cheng memang seorang yang sangat baik, penyabar tidak pernah menengking sentiasa nampak 'cool'. dimana ada kenduri adalah Pak Cheng....kayuh basikal. Matanya masih terang ,masih dapat menulis dengan baik dan pendengarannya amat jelas sehingga ke akhir hayat. Allah sayang padanya. Tidak menyusahkan anak dan isterinya... Sakitnya hanya seminggu. Umurnya hampir 100 tahun
Sewaktu mama ziarah kematiannya semalam , mama begitu terharu sekali. dan terasa akan kehilangannya.Isterinya juga terlantar dipembaringan kerana sakit tua. Walaupun sudah bongkok tapi ketabahannya perlu dicontohi . Seluruh penduduk kampung sudah tentu terasa akan kehilanganny terutama jemaah Masjid di kampungnya. Wassalam.
No comments:
Post a Comment