Hari ini mama duduk2 rehat kat rumah sahaja. Masak pun tidak ,mengemas pun tidak .Jadi MEM BESAR dalam rumah.. Semalam mama siapkan satu usul untuk Mesyuarat Agong. Isu muallaf. Lepas tu sediakan senarai kehadiran , Laporan Tahunan dan Minit Mesyuarat.. So rasa lapang dan senang hati. Boleh relax.
Abah kesayangan mama tu dah berjanji untuk makan bersama diluar hari ini. Ikan yang dibeli disimpan dipeti belum disiang lagi. Seronok ye kalau tak ada buat apa. .......seronok ke?
Dalam duduk termenung tu , tiba-tiba telepon berdering. Rupanya kawan lama semasa di kolej, Rohaini. Sesekali dia kontek mama.Setahun sekalilah agaknya. Rindulah tu dia pada mama. Sudah menjanda pun dia.Anak tiga. Semasa kawin anak sulungnya ada mama pergi , dua tahun yang lepas. Belum ada rezeki untuk cucu. Mama pelawalah dia berbesan dengan mama. Terkekeh dia ketawa.Buka album cari gambar lama. Banyak yang sudah usang.Zaman tu mana ada kemudahan . Tak ada hand set tambahlah yg berkamera. Kalau teringin nak bergambar terpaksalah cari budak-budak lelaki yang ada kamera. Ramai yag susah masa tu. Tak cukup duit Elaun nak beli kamera. Dapat beli baju pun sudah alhamdulillah.
Wassalam.
bersama pensyarah Hjh. Nazli /kak Anne |
Cuci mata kat belakangrumah. |
No comments:
Post a Comment