Monday, 14 January 2013

Assalamualaikum

Mama dan abah biasalah .....3 atau 4 hari sekali akan keluar....untuk dapatkan stok buku dan barangan komputer . Sekarang awal tahun. Ramai murid ,pelajar ibu bapa serta guru akan  ke kedai buku untuk dapatkan keperluan, Buku rujukan , latihan dan sebagainya . Anak -anak yang baru menjejak kaki ke sekolah rendah biasanya akan merayu pada ibu bapa mereka untuk mendapatkan alatan sekolah yang terbaik.  . Kadang-kadang anak-anak ini hendakkan alat tulis yang serupa atau yang lebih cantik dari  kawan mereka.
Selagi tak dapat disebutlah berhari-hari.Mungkin juga sianak ini tidak akan kesekolah. Tepaksalah siayah belikan walaupun sudah ada sekotak pensil ,pemadam dan pembaris. Itulah ragam anak-anak bila sessi persekolahan bermula.Nampaknya tidak menang tangan Si Linda dan Siti  melayan pembeli. Si Nurul pula cuti bersalin.   

Teringat pula zaman mama mula menjejak kaki kesekolah. Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Berdarah, terpencil dipendalaman.
Pada tahun 1961, mama mula memasuki darjah 1. Masa itu kalam(sejenis pensil) dan papan batu masih digunakan lagi.Buku tulis juga ada. Minggu pertama , main-main conteng dahulu pada papan batu. Ukuran papan batu lebih kurang  kertas A4. Pemadamnya kain ,selepas tulis padam, .tulis lagi ,padam lagi , Berkali-kali sehingga cekap menulis. Bila dah pandai sikit barulah diajar menggunakan buku petak .  Ramai yang  agak kaku untuk memegang kalam. Maklum sajalah ibu bapa dizaman itu ,kurang beri perhatian  , Mungkin juga tiada kemudahan.dan sebagainya. Sekarang serba ada. Ada bantuan BRIM ,ada tadika dan Pusat Asuhan. Umur dua tahun sudah pandai menulis membaca.
Masih segar diingatan.....zaman itu nak dapat kemudahan memang susah.Hendak dapatkan pemadam cantik molek seperti sekarang tak ada. Pemadam hanya terdapat pada hujung atas pensil. Sikit sangat. Murid tahun satu , tahu sajalah...bila silap padam dan padam...tenyeh dan tenyeh lagi....akhirnya buku berlubang. Bila pemadam sudah habis hanya yang tinggal logam  mulalah guna air lior , apa yang  jadi? hitam kotor dan ada lubang. Kebanyakkan buku mama berlubanglah.Kami pada masa itu cuba ada dua tiga buah buku sahaja. Ringan sahaja begnya. Tidak seperti sekarang. Berpuluh buah buku.. Tidak hairanlah mama.  anak-anak sekarang pandainya melampau. Bahan rujukan sekolah mudah diperolehi. Canggihnya sungguh. Buka saja LAMAN WEB.
 Mama dan abah  ,walau pun sudah bersara tetapi masih menyalurkan ilmu secara tidak langsung kepada masyarakat tempat tinggal dengan meyediakan kemudahan mendapatkan keperluan pelajaran.Ibu bapa tidak perlu membuang masa untuk ke bandar hanya untuk mendapatkan sebuah buku.Semuga usaha ini di berkatiNya.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment