Sunday, 20 January 2013
Thursday, 17 January 2013
Hari ini mama duduk2 rehat kat rumah sahaja. Masak pun tidak ,mengemas pun tidak .Jadi MEM BESAR dalam rumah.. Semalam mama siapkan satu usul untuk Mesyuarat Agong. Isu muallaf. Lepas tu sediakan senarai kehadiran , Laporan Tahunan dan Minit Mesyuarat.. So rasa lapang dan senang hati. Boleh relax.
Abah kesayangan mama tu dah berjanji untuk makan bersama diluar hari ini. Ikan yang dibeli disimpan dipeti belum disiang lagi. Seronok ye kalau tak ada buat apa. .......seronok ke?
Dalam duduk termenung tu , tiba-tiba telepon berdering. Rupanya kawan lama semasa di kolej, Rohaini. Sesekali dia kontek mama.Setahun sekalilah agaknya. Rindulah tu dia pada mama. Sudah menjanda pun dia.Anak tiga. Semasa kawin anak sulungnya ada mama pergi , dua tahun yang lepas. Belum ada rezeki untuk cucu. Mama pelawalah dia berbesan dengan mama. Terkekeh dia ketawa.Buka album cari gambar lama. Banyak yang sudah usang.Zaman tu mana ada kemudahan . Tak ada hand set tambahlah yg berkamera. Kalau teringin nak bergambar terpaksalah cari budak-budak lelaki yang ada kamera. Ramai yag susah masa tu. Tak cukup duit Elaun nak beli kamera. Dapat beli baju pun sudah alhamdulillah.
Wassalam.
bersama pensyarah Hjh. Nazli /kak Anne |
Cuci mata kat belakangrumah. |
Wednesday, 16 January 2013
Assalamualaikum....
Alfatihah untuk Pak Cheng.......orang tua yang pernah mama ceritakan dalam blog mama terdahulu telah pun meninggal dunia pada jam 4 petang semalam . Dikebumikan pada sebelah malamnya selepas solat Isyak.Moga rohnya dicucuri seribu rahmat Allah. Allahyarham semasa hayatnya mengajar Quran untuk anak kampong. Sakit demam dan pening selalulah orang karmpung minta khidmatnya.Buat air penawar untuk redakan sakit menggunakan ayat suci ALQURAN.Sejak dari mama masih budak lagi dah kenal Pak Cheng .........sehimggalah mama sudah masuk usia emas . Pk Cheng memang seorang yang sangat baik, penyabar tidak pernah menengking sentiasa nampak 'cool'. dimana ada kenduri adalah Pak Cheng....kayuh basikal. Matanya masih terang ,masih dapat menulis dengan baik dan pendengarannya amat jelas sehingga ke akhir hayat. Allah sayang padanya. Tidak menyusahkan anak dan isterinya... Sakitnya hanya seminggu. Umurnya hampir 100 tahun
Sewaktu mama ziarah kematiannya semalam , mama begitu terharu sekali. dan terasa akan kehilangannya.Isterinya juga terlantar dipembaringan kerana sakit tua. Walaupun sudah bongkok tapi ketabahannya perlu dicontohi . Seluruh penduduk kampung sudah tentu terasa akan kehilanganny terutama jemaah Masjid di kampungnya. Wassalam.

Monday, 14 January 2013
Assalamualaikum
Mama dan abah biasalah .....3 atau 4 hari sekali akan keluar....untuk dapatkan stok buku dan barangan komputer . Sekarang awal tahun. Ramai murid ,pelajar ibu bapa serta guru akan ke kedai buku untuk dapatkan keperluan, Buku rujukan , latihan dan sebagainya . Anak -anak yang baru menjejak kaki ke sekolah rendah biasanya akan merayu pada ibu bapa mereka untuk mendapatkan alatan sekolah yang terbaik. . Kadang-kadang anak-anak ini hendakkan alat tulis yang serupa atau yang lebih cantik dari kawan mereka.
Selagi tak dapat disebutlah berhari-hari.Mungkin juga sianak ini tidak akan kesekolah. Tepaksalah siayah belikan walaupun sudah ada sekotak pensil ,pemadam dan pembaris. Itulah ragam anak-anak bila sessi persekolahan bermula.Nampaknya tidak menang tangan Si Linda dan Siti melayan pembeli. Si Nurul pula cuti bersalin.
Teringat pula zaman mama mula menjejak kaki kesekolah. Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Berdarah, terpencil dipendalaman.
Pada tahun 1961, mama mula memasuki darjah 1. Masa itu kalam(sejenis pensil) dan papan batu masih digunakan lagi.Buku tulis juga ada. Minggu pertama , main-main conteng dahulu pada papan batu. Ukuran papan batu lebih kurang kertas A4. Pemadamnya kain ,selepas tulis padam, .tulis lagi ,padam lagi , Berkali-kali sehingga cekap menulis. Bila dah pandai sikit barulah diajar menggunakan buku petak . Ramai yang agak kaku untuk memegang kalam. Maklum sajalah ibu bapa dizaman itu ,kurang beri perhatian , Mungkin juga tiada kemudahan.dan sebagainya. Sekarang serba ada. Ada bantuan BRIM ,ada tadika dan Pusat Asuhan. Umur dua tahun sudah pandai menulis membaca.
Masih segar diingatan.....zaman itu nak dapat kemudahan memang susah.Hendak dapatkan pemadam cantik molek seperti sekarang tak ada. Pemadam hanya terdapat pada hujung atas pensil. Sikit sangat. Murid tahun satu , tahu sajalah...bila silap padam dan padam...tenyeh dan tenyeh lagi....akhirnya buku berlubang. Bila pemadam sudah habis hanya yang tinggal logam mulalah guna air lior , apa yang jadi? hitam kotor dan ada lubang. Kebanyakkan buku mama berlubanglah.Kami pada masa itu cuba ada dua tiga buah buku sahaja. Ringan sahaja begnya. Tidak seperti sekarang. Berpuluh buah buku.. Tidak hairanlah mama. anak-anak sekarang pandainya melampau. Bahan rujukan sekolah mudah diperolehi. Canggihnya sungguh. Buka saja LAMAN WEB.
Mama dan abah ,walau pun sudah bersara tetapi masih menyalurkan ilmu secara tidak langsung kepada masyarakat tempat tinggal dengan meyediakan kemudahan mendapatkan keperluan pelajaran.Ibu bapa tidak perlu membuang masa untuk ke bandar hanya untuk mendapatkan sebuah buku.Semuga usaha ini di berkatiNya.

Wednesday, 9 January 2013
nak buka cawangan...
Assalamualaikum
Sakit mata....kelabu mata mama ni....pening...pening..
dok layan wholesale kat initernet sat- sat ni......
tak tau nak yang mana satu nak pi pilih nanti....
macam -macam ada....lawa - lawa pulak tu...
......macam nak borong semua...
kalau ada modal banyak apa salahnya...no?
dekat aja...salalu pi Kuala Lumpur...
beli ajalah...sambil pi tenguk cucu...
Kat Jln Reko pun ada....haiiiiih......lagi baik...
sambil menyelam minum air kan...?
..Tadi pagi ke Taiping....ambil barang untuk stok kedai...
biasalah dengan abah....ke Dinamik....ke Bintang...
ke Lipson...EDot dan macam-macam lagi
penat gitu....
kemudian terus ke Prai... terlelap sekejap...abah bercakap sorang-sorang
mama antara dengar dengan tidak....kesian abah..
tak apa abah ada teman..... Radio...
.tinjau -tinjau wholesale disana...Jarang mama dan abah ke Prai
adalah.... anak buah abah cadang untuk kesana...so pegilah
ok juga...
lepas tu ke Penang Island....
Pergi jumpa Dolah Money Changer...
si Dollah ni kawan abah sebenarnya...
tukar semula duit Indonesia hari tu....
pergi ke jAKARTA tertinggal Rupiah kat laci rumah...
so...bila sampai disana abah terpaksa guna kredit kad pulak....
abah tepuk dahi.....hi...hi....
kemudian ke Majid Book Stor....
hampir jam 4 beredar dari stu....
sampai rumah jam 6 ptg....
kemudian layan internet ....
harap berjayalah Butik Idaman Mama ni.....
Anak Syarikat.....Qasr' Dinamik.....
Akan beroperasi di bangunan Mara....tidak lama lagi...
Wassalam....
Thursday, 3 January 2013
izinNya
Assalamualaikum....
Moga sihat selalu.......selalu berdoa pada Allah Yamg Berkuasa supaya tiap-tiap hari kalau boleh dengan kehendakNya sihat aje selalu ye!
Umur -umur begini bila rasa kurang selesa...badan panas ..
.kadangkala kaki sejuk....kadang-kadang berat kepala...
kadang-kadang lenguh saraf sana sini.....
.....cemas dibuatnya...
itu semuanya ketentuan Allah untuk makhlukNya....
kita cuma berusaha.....dan berikhtiar....telan panadol....
Tadi pagi mama rasa macam nak demam.....
pergi kepondok dapur laman....
ambil 3 ulas bawang putih...
ketuk dan masukkan air panas segelas....seduhkan dulu
kemudian minum....
lepas beberapa minit....rasa segar semula.....dengan izin ALLAH.
gitulah mama.....
laman rumah .....rumput cepat panjang.......
sekarang ini tiap hari hujan....
sekarang ini tiap hari hujan....
rasa getik nak keluar...
kain di jemur dibawah pondok...masih lembab
tak ada cahaya matahari langsung....
lambat kering....bertuah ibu-ibu sekarang ...
ada pampers ....buang saja....
dengan izinNya
tadi petang teringin pulak nak makan durian...
buka peti ais kat pondok tu.....masih ada baki durian...
terus masak .....jadikan bubur/kuah durian...
tanak pulak pulut.....
sedap makan ....hujan -hujan begini
tahun 2012 pokok durian peninggalan arwah pak berbuah lebat
mabuk dan pening ....makan berlebihan...
tempoyak disimpan dipeti
buat sedikit lembuk....
musimnya sudah pun berakhir
itulah yang dibuat bubur....isi durian terakhir .
moga tahun ini berbuah lebat lagi ye! dengan izinNya......

Subscribe to:
Posts (Atom)