Selepas balik dari kl ....mama banyak menghabiskan masa di laman
Menbelai semula pokok kesayangan yang ditinggalkan.
Orkid mama segar dan berkembang cantik.
Orkid yang bergantungan ini baru disemai . Benihnya mama perolehi dari nursery Orkid di Rawang .
Menggila mama melihat pelbagai jenis Orkid. Rasa nak beli semua.
laman belakang berhampitran pondok Tok Bedah |
Kayu pagaran ini sudah sedia menanti untuk mama letakkan orkid.
Semua pagaran kayu yang ada dilaman adalah hasil buatan tangan dari kerja gigih suami tercinta mama.
Kayu ini diambil dari rumah lama peninggalan arwah mertua dan pemberian kenalan rapat .
bahagian sisi rumah |
Pokok paku aji yang di letakkan berhampiran pondok kayu.
Paku aji ini beri oleh anak saudara dari Sg. Petani.Inilah pondok Tok Bedah.
Dinding pondok disusun secara menyerong.
Tingkap dan pintu pondok sangat cantik dan menarik
Pokok Kenanga ini mengeluarkan bunga yang harum
Kolam Mini ini juga perlu dibersihkan dan ditukar airnya.
Sengaja mama tanam rumput karpet ini . Nampak laman lebih lembut dan tidak kaku.
Hampir keseluruhan laman depan dipasangkan dengan bata bunga dan simen.Rumput ini selalu mama trim supaya sentiasa kemas.
Penat juga melayan bunga2 ini.
Seharian mama akan berada disegenap bahagian laman...
.....menyiram ...membelai ...membaja ..merumpai
..... dan beristirehat sambil membaca.....
No comments:
Post a Comment