Tuesday 17 May 2011

Assalamualaikum

Semalam ke Majlis Jamuan Persaraan Pengetua SMK Dato' HH. Gembira  sangat dapat berjumpa kawan2 yang sudah lama tidak bertemu.
Macam-macamlah topik yang dibualkan. Topik kenaikkan pangkat guru-guru yang diumumkan oleh PM. Beruntunglah ..... 
Kata YDP PIBG(suami mamalah) isu kenaikkan ke gred ini telah lama diperjuangkan .Kini baru diluluskan. Alhamdulillah , walau pun  beliau tidak menikmati  kenaikkan ini tapi amat bersyukur kerana perjuangan mereka akhirnya dimakbulkan Allah jua.Sama2 kita tumpang gembira.

Masih ramai lagi kawan2 mama bertugas disekolah ini.
Ada yang telah menjawat jawatan penting sekolah.
Masih ramah seperti dulu juga.
 Mama di sekolah SMKDHH ini dari tahun 1991 sehingga 2003.
Tentulah mempunyai berbagai kenangan yang ditinggalkan bersama kawan2
Cikgu Iza ramah seperti dulu juga...perangainya gitu juga. 
Begitu juga dengan yang lain. 
Mama tidak berkesempatan bertugas dibawah Pengetua En.Azwa.
Sewaktu mama disitu...
 beliau bertugas sebagai Penyelia Petang.
Masa beredar ....bergilir ganti...
yang lama akan pergi dan beralih pula kepada orang baru.
Begitulah .....moga dipanjangkan umur dan kesihatan yang baik buat Cikgu NUr Azwa. SElamat bersara. Amin... 




    

No comments:

Post a Comment