Selepas tidak lagi terikat dengan kerja pendidikan ini...tapi mama masih lagi sengaja mengaktifkan diri dengan meneruskan kerja amal dengan menganggotai badan badan NGO dan selebihnya menguruskan sedikit perniagaan yang sememangnya amat diminati. .Seperti biasa juga masih diberi waktu oleh ALLAH untuk menghadhiri kelas agama kelas tajwid kelas Marhaban juga . Sememngnya mama tidak pernah didedahkan dengan Marhaban ....tapi dengan kegigihan mama dapatlah akhirnya berlagu Marhaban. Masyaalah ...Allah Maha Mengerti....
Bila bergiat dengan NGO sudah tentu agak sibuk ....menjalankan tugas sebagai Su peringkat cawangan , AJK peringkat...... mengendalikan mesyuarat sebagai seorang Pengerusi. . Penat sememangnya penat tapi sudah terbiasa dengan kerja sebagai seorang guru jadi tidaklah membebankan sangat..Kalau dicatat kerja harian memanglah banyak....Tanaman laman depan dan belakang tetap terjaga. Itulah hobi mama . Bila sudah berusia begini makanan tidaklah sangat menjadi masaalah. Makanlah apa yang teradap...tapi tetap dengan diet yang seimbang. . Berrulang alik ke Kajang itu sudah biasa selagi ALLAH memberi kudrat ... Syukur sangat . Kerap berjumpa cucu disana . Budak- budak itu akan merindui jika neneknya tidak kesana... tiap minggulah dia bertanya bondanya. Cucu cucu yang tinggal bersama mama tidak kisah sangat.... nenek dan atok ada atau tidak sudah tak hairan. Ini satu lagi nak beri tahu ... Koperasi Masjid Kariah sudah ditubuhkan... Maka sibuklah lagi mama menguruskan aktiviti jualan bertambah lagi. .....butik tetap diuruskan bersama Suria yang amat cekap menyediakan akaun hariannya pada mama. Terima kasih Suria.Wassalam.
No comments:
Post a Comment