Thursday, 28 February 2013

Assalamualaikum.

Sibuk semacamlah sekarang. Mengasuh cucu...ziarah cucu....makan angin dan macam lagi. Bila banyak berjalan dah tentu tidak ada masa untuk ziarah blog, cuma singgah untuk baca sahaja. Cukup hanya sekadar membaca.,,,,dapat berkongsi cerita. enjoy sekali bila membaca coretan dari blog yang diminati. . 

Tu kat atas kereta... baru beli... dah lebih 3 bulan menggunanya. Kereta besar dan tinggi. sedaplah untuk berjalan jauh, sesuailah untuk travel jauh. TidaK rasa mudah letih. Sesuailah dengan mama dan abah yang sudah berusia ini. Abah beli ini untuk keperluanlah. Buat mengisi barang perniagaan dan juga anak cucu yang dah ramai ni. Kereta Myvi 1954 mama serahkan pada Pinch Me untuk kemudahannya dikampus kebetulan kereta Proton Flx telah pun di jual kerana banyak ragamnya walau pun kereta itu sangat baru dibeli.

Mama sekarang bulat hati untuk membuka satu lagi lot kedai......sudah pun diperolehi tapaknya. Sewa nya murah sesuai dengan sekitaran dan ekonomi  disitu. So sekarang sedang buat sedikit renovation
Minggkin dalam masa seminggu dua lagi akan beroperasi. . Walau pun mama  dah tua tapi minat untuk berniaga masih ada. Berniga adalah tuntutan agama. Dapat membantu masyarakat dan buat kebajikan. Mama Doakan moga berjaya dan memdapat berkat  dari AllahSWT. Tiap hari mama dan abah keluar untuk tinjau harga dipasaran, pergi mendapatkan wholesale yang dapat menawarkan harga termurah. Oleh kerana minat  berniaga  DAN kerana Allah mama rasa segar.....tidak rasa letih . itulah yang dapat mama rasakan. Allah maha adil dan pemurah. Subhanallah. Allah Maha Besar. Semuga rezeki yang diperolehi dapat dikongsi bersama.  Wassalam



Saturday, 16 February 2013

Cahaya

Assalamualailkum.
Sudah lama tidak menulis di blog ini.........tak masuk entri ye! Cuma rajin membaca blog yang diminati sahaja...terutama seorang penulis blog yang bernama Indahnya Cahaya. Aduh ...kalau dia tak ada entri . ......mama akan kata.....alahai bila budak ni  nak buat entri.... . Mama sangat suka membaca blog anak mama ni.......
Mama tabik springlah pada dia. Dia memang boleh buat apasaja......memasak....abahnya kata sedap. Tapi mama perhati dia main campak saja. Naik jealous mama . Abah  tak pernah  nak puji mama.  Pulak tu siCahaya ni.....pandai main alat muzik...cuma.Keyboard sajalah......tapi mama tabik juga......mama tak hantar pun dia ke kelas muzik.. Dua puluh tahun dulu ,mama beli Keyboarad ....kemudia mama suruh anak-anak mama main ....Pakat-pakat ketuklah termasuk mama yang tak tahu apapun tentang muzik. tapi nyanyi boleh sehingga sekarang. Kalau mama karoke nanti riuh satu district pulak .Jadi mama pendamkan saja. Bila mama tenguk si Cahaya main keyboard dengan  live bandnya mama jadi terkedu.Suka sangat.  Nasib baik mama tak hantar dia ke kelas muzik. Kalau tidak jadi pemimpin Orkestra dia agaknya.  Apa- apa pun  ye...as long as cahaya happy ......buat kerja baik -baik. Jangan lawan cakap bos yang paling atas. Mama tahu kamu sangat pandai berpidato.  Sejak dari kecil sehingga ke Universiti....jadi wakil Pidato. Suka sangat mama.Tapi yang paling mama cemas  apabila Cahaya kata dia nak mohon  pergi ke Labanon. Masa itu iecah baru berumur setahun. Mama kata..... Ye bagus! bila lagi nak merasa bertugas ditempat yang mencabar.....tapi dalam hati ini Allah saja yang tahu. Mama berdoa agar si cahaya mengandung ....termakbul doa mama. Tebantutlah cita-citanya.
Sekarang apa yang mama mahu Cahaya buat ialah didik si iecah dan Abu Bakr sebaik kamu....... pun jadilah. Itu cerita tentang Cahaya  yang memerlukan cahaya. .  Wassalam